31 January 2011

25 January 2011

[PANDUAN] Sebab-sebab Hati Manusia Dikurniakan Hidayah

Walau bagaimanapun untuk mendapat hidayah ada bermacam-macam sebab atau ada berbagai-bagai cara yang di antara satu sama lain tidak sama.
Di antara sebab seseorang itu mendapat hidayah adalah seperti berikut:

1. Dia lahir di dalam keluarga yang beragama, maka dia mendapat didikan secara langsung dan praktikal daripada suasana berkeluarga. Orang ini agak bernasib baik.

2. Dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari kecil lagi sudah suka kepada kebaikan dan kebenaran. Dia terus mencari dan mengamalkan. Orang seperti ini amat sedikit. Ini adalah pemberian Allah secara wahbiah (secara anugerah).

3. Orang yang dalam perjalanan hidupnya terjumpa golongan atau kelompok yang beragama Islam dan mengamalkan syariat. Manakala dilihat kehidupan mereka begitu baik dan bahagia lantas mengikut golongan itu.

4. Orang yang sentiasa mencari-cari kebenaran, mereka sentiasa membaca, mengkaji, memperbandingkan serta melihat-lihat berbagai golongan dari berbagai-bagai agama dan ideologi serta bergaul dengan golongan-golongan itu maka akhirnya bertemu dengan kebenaran.

5. Orang yang mendapat pendidikan Islam, mendengar ceramah agama, ikut kursus agama, menghadiri majlis-majlis agama maka dia mendapat petunjuk dari mengaji dan mendengar itu.

6. Orang yang diuji Allah, mungkin selepas kaya jatuh miskin atau mendapat sakit teruk, atau ditimpa bencana alam dan lain-lain lagi maka di situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu dia kembali mendekati diri kepada Allah SWT.

7. Orang yang mendapat kebenaran, kerana Allah mengizinkannya mengalami alam kerohanian seperti melihat di dalam mimpi alam Barzakh, melihat orang kena azab atau dia sendiri yang kena azab atau melihat gambaran Qiamat atau Allah perlihatkan kepadanya pokok sujud, pokok bertasbih danlain-lain kejadian yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali kepada kebenaran.

8. Orang yang sedar setelah melihat ada golongan atau keluarga yang kehidupan dunianya begitu hebat, rumah besar, kaya raya, kenderaan yang mewah, harta banyak tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa porak peranda, krisis sering berlaku, kasih sayang dan ukhwah tidak ada, masing-masing membawa haluan sendiri maka dari peristiwa itu dia sedar dan insaf bahawa kemewahan hidup tidak menjamin kebahagian di dunia apatah lagi di Akhirat kelak.

9. Orang yang dia sendiri mengalami kehidupan mewah, serba ada, apa hendak semua dapat, pangkat ada, duit banyak, namun kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan keluarga porak-peranda lantas dia insaf dan sedar akhirnya mencari jalan kebenaran.

10. Orang yang dapat petunjuk kerana ada orang yang soleh atau orang yang bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah dia sepertimana Sayidina Umar Al Khattab r.a. dapat petunjuk kerana doa Rasulullah SAW.

Apabila Allah Taala dengan Rahmat dan Kasih Sayangnya ingin menolong dan memenangkan hambaNya dalam berhadapan dengan musuh atau seterunya yang licik dan bersiasah, maka dilimpahkan hati tersebut dengan segala tentera Anwar iaitu Taufiq dan Hidayah. Bermula makna hidayah ialah petunjuk-petunjuk ke arah jalan yang benar, manakala Taufiq itu bermaksud kekuatan atau keupayaan untuk melakukan sesuatu. Dengan Nur Taufiq dan Hidayah inilah, segala Zulumah yang terdiri dari kejahilan, kejahatan, kerakusan nafsu dan tipu daya syaitan akan dapat diluputkan dari terus menggoncang pintu hati seorang hamba. Bila Zulumah ini dapat disingkirkan, maka berhiasilah hati atau jiwa tersebut dengan Ilmu Tauhid yang teguh.

Sesungguhnya sesuatu ketaatan dan amalan baik yang boleh membawa seseorang itu kepada Allah Taala adalah dengan wasitah(pengantara) limpahan kurnia Nur Taufik dan Hidayah. Tanpa Nur Taufiq dan Hidayah ini, tidak mungkin seorang hamba akan mampu dan berupaya untuk mengerjakan ketaatan dan kepatuhan kepada Allah Taala.

- Tahu sembahyang malam itu adalah sesuatu yang dituntuti dan dikasihi Allah, tanpa Taufiq dan Hidayah tidak mungkin kita akan mampu untuk melaksanakannnya.

- Tahu akan faedah sedikit makan dan banyak berpuasa dapat menjernihkan mata hati, namun kita tidak akan mampu melaksanakannya tanpa Taufiq dan HidayahNya.

- Tahu bahawa banyak berzikir itu dapat membersihkan hati dari karat-karat kelalaian, tapi tanpa Taufiq dan HidayahNya berat sekali lisan atau hati kita untuk melafazkan kalimah yang mulia itu.

- Dengan kerana itulah, biasanya seseorang hamba itu akan merasa suka dan gembira bila dapat dan mampu untuk mengerjakan amal ibadat taat yang banyak kerana sememangnya ia adalah sebagai satu anugerah rezeki yang besar dari Allah Taala. Dan adalah ia yang didatangkan daripada Alam Al-Hidayah dan menolong ia akan dikau atas mendirikan daripada fadholNya (limpah kurniaNya)daripada tiada haul(daya) daripadamu dan tiada wujud. Dengan sebab ianya adalah semata-mata limpah kurnia Taala dan bukannya daripada keupayaan dan kekuatan hamba.

p/s: kredit to Cahaya Mukmin

14 January 2011

12 January 2011

[QUOTES] Stupidity

Stupid Quotes and Sayings

It’s so simple to be wise. Just think of something stupid to say and then don’t say it.


A lot of beautiful people are stupid. There’s a tremendous amount of idiots who look so good. It’s frightening.


A day without sunshine is like, you know, night.

As far as we know, our computer has never had an undetected error.


Being stupid is its own reward

Fiction writing is great, you can make up almost anything.


I owe a lot to my parents, especially my mother and father.


Only the wisest and stupidest of men never change.


STUPID = Smart Talented Unique Person In Demand


With fame I become more and more stupid, which of course is a very common phenomenon.


I say no to drugs, but they don’t listen.


If aliens are looking for intelligent life?! WHY THE HECK ARE YOU SCARED?!


The government is not doing enough about cleaning up the environment. This is a good planet.


Sure, it’s going to kill a lot of people, but they may be dying of something else anyway.


Only two things are infinite, the universe and human stupidity, and I’m not sure about the former.


I have opinions of my own –strong opinions– but I don’t always agree with them.


The spontaneous rally will begin at 1:45.


Stop being so stupid.. it’s my turn.

If you have noticed this notice you will have noticed that this notice is not worth noticing


When your dad is mad and asks you, “Do I look stupid?” Don’t answer him

You can’t just let nature run wild.


A low voter turnout is an indication of fewer people going to the polls.


I cannot tell you how grateful I am — I am filled with humidity.

The private enterprise system indicates that some people have higher incomes than others.


Eight more days and I can start telling the truth again.


Many wise words are spoken in jest, but they don’t compare with the number of stupid words spoken in earnest.

credit to CoolNSmart.com

Bila diri ini terasa sendirian…

Mungkin ini perasaan kita rasa bila banyak perkara dalam kehidupan kita tidak memihak kepada kita. Dan kadang kala terasa seperti kita dalam dunia kita sendiri. Ataupun kita dipulaukan secara senyap. Ataupun kadangkala terasa seperti orang berkata sesuatu dibelakang kita dan membuat keputusan tentang kita tanpa kita mengetahuinya. Terasa bodohkan. Bermain dengan perasaan sendiri. Mengharapkan ada seseorang yang dapat membaca perasaan dan isi hati kita. Untuk memperkatakan tentang sesuatu yang kita takpasti. Perasaan gusar, tak sedap hati, ’down’ bermain-main di minda.

Dari satu sudut kita rasa ia sesuatu yang positif kerana kita diberi ruang (”space”) untuk diri sendiri. Memuhasabah diri. Menentukan tindakan untuk diri. Tetapi disatu sudut lain membiarkan orang sekeliling kita bertanya-tanya tentang diri kita.

Biasanya tindakan kita mendiamkan diri. Menggunakan ruang kosong untuk muhasabah diri. Membetulkan perilaku, tindakan, sikap yang tidak kena atau tak betul.

Pucuk pangkalnya kita kembali pada Allah s.w.t. Mohonlah kepadaNya. Diberikan hidayah dan petunjuk dalam menentukan langkah dan tindakan seterusnya. Istighfar, selawat, zikir. Carilah ketenangan hati.

1. “Allohumma inni a’udzubika minal hammi wal huzni, wal ajzi, wal kasali, wal bukhli, wal jubni, wa dholaid daini, wa gholabatir rijali”.

“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari rasa sedih dan duka cita/kecemasan, dari rasa lemah dan kemalasan, dari kebakhilan dan sifat pengecut, dan beban hutang dan tekanan orang-orang (jahat)”.

2. “La ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadh dholimin”.

“Tidak ada ilah selain Allah, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang zalim”.

3. “Ya muqollibal qulub tsabbit qolbi ‘alad dinika wa ‘ala tho’atika”.

“Wahai dzat yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hatiku atas agama-Mu dan atas ketaatan kepada-Mu”.

4. Membaca surah Al-Insyiroh (Alam Nasyroh), (Q.S. 94 : 1-8).

“Alam nasyroh laka shodrok”,
“Wa wadho’na ‘anka wizrok”,
“Alladzi anqodlo dhohrok”,
“Wa rofa’na laka dzikrok”,
“Fainna ma’al ‘usri yusro”,
“Inna ma’al ‘usri yusro”,
“Faidza faroghta fanshob”,
“Wa ila robbika farghob”.


“Bukankah Kami telah melapangkan untukmu dadamu?”,
“dan Kami telah menghilangkan daripadamu bebanmu”,
“yang memberatkan punggungmu”,
“dan Kami tinggikan bagimu sebutan (nama) mu”,
“Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”,
“Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”,
“Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain”,
“dan hanya kepada Tuhanmulah hendaknya kamu berharap”.



10 January 2011

[MY SHOOT] ..Exclusively share

Taken on evening of 5.03pm to 05.37pm 25/2/2007. All shoots are original by myself.

1st Set...

2nd. Set

3rd Set

4th Set (Final)

Edited and compile for sharing purpose..if interest of single photos contact me.. :)

07 January 2011

06 January 2011

[DOA] Doa Pelindung Diri dan Keluarga

Dengan nama Allah, yang tidak memberikan mudarat sesuatu dibumi juga dilangit dan Dia maha mendengar lagi maha mengetahui.


Daripada Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Syeikh Syuaib : Hasan, Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya"

Petua Beramal:
  1. Doa ini dibaca 3 kali di waktu pagi, insya-Allah sepanjang siang Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan. Jika dibaca 3 kali di waktu maghrib, insya-Allah sepanjang malam Allah s.w.t. selamatkan daripada sebarang kemudaratan.
  2. Bila hendak pergi ke suatu tempat yang berisiko/merbahaya, tempat kerja, bermusafir, balik kampong, hendak membuat sesuatu perkerjaan yang berisiko atau pulang kerumah daripada melakukan sesuatu perkerjaan yang berisiko, maka baca ayat ini 7 kali.
  3. Jika bacaan tersekat-sekat atau ada gangguan ketika membaca ayat ini, berehat dahulu. Setelah berehat baca lagi sehingga 7 kali bacaan lancar baru teruskan perjalanan atau perkerjaan tersebut.
  4. Lazimkan juga membaca surah al-Fatihah & ayat Kursi setiap kali selepas solat 5 waktu.
"...hanya padaMu sahajalah kami SEMBAH, dan hanya padaMu sahajalah kami mohon PERTOLONGAN" (Al-Fatihah, ayat 5)

credit to perapi.com

01 January 2011

NEW YEAR 2011