28 February 2011

[ADVERT] Nuffnang Exclusive Screening (in Penang) – Drive Angry [THE SCREENING]


Sabtu 25 Feb. 2011 hari yg ditunggu-tunggu..
makanya hari tu dengan penuh semangat pegi le tunggu kat TGV 1st Avenue tuh
100ptg..dah terpacak ronda2 kat 1st Avenue..siap gi shopping dulu...
Lepas solat Zohor je terus gerak
tengok-tengok ramai dah blogger dok nunggu...
so beratur ler tunggu giliran ambik tiket free



dan dapat ler tiket nie...parking tepi punya..senang nak keluar...



wat ever it is...thankyou..thankyou..thankyou.. Nuffnang...

Drive angry review?

Kena tengok sendiri ler....hehehehehhehe.... 3 stengah bintang...

24 February 2011

[LAGU] Faizal Tahir - Hanyut...

Harus bagaimana lagi
Dan terus begini
Dengarkan aku
Lihat ke mataku

Cukup sudah kau menghukum
Salahku tetap salahku
Benarkan ku berbicara
Agar bisa pulih semua

Namun harus sampai bila
Kau kan diam seribu bahasa

Chorus
Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Fahamilah ku tak mampu terus tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Saat mata terpejam
Hanya kau ku terbayang
Menghapus semua segala rasa di jiwaku

Saat mata terbuka
Kamulah yang pertama
Tak mampu aku
Bayangkan
Hidup tanpa dirimu

Repeat Chorus

Aku memang bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Dan tapi dah ku sedari
Segala perit kau lalui
Ku terlupa kau terluka

Dan memang selalu
Aku bersalah
Selalu saja mengabaikan mu
Meninggalkan mu
Dan tetapi itulah aku sedari
Segala perit yang kau lalui
Kerna diriku yang terus hanyut

Maafkanlah ku tak bisa hidup tanpa kamu
Bagaimana ku nanti
Bila tiada mengganti
Yang ku ada hanya kamu saja

Bagaimana ku nanti
Bila kau tak di sisi
Yang ku ada hanya kamu saja

Tajuk : Hanyut (2010)
Penyanyi: Faizal Tahir
Komposer : Audi Mok
Lirik & Lagu : Faizal Tahir

18 February 2011

[ADVERT] Peraduan Komen Nuffnang Exclusive Screening (in Penang) – Drive Angry di Blog Nuffnang!

Yey....Alhamdulillah... this is the 2nd reward that i win....from Nuffnang...! Yeah...Nuffnang Rocks...



with this words :-

"I don’t Drive Angry but I want to watch Nicholas Cage Drive Angry because i can blog the best experience with Nuffnanger and other blogger. Nuffnang Exclusive Screening (in Penang) will be the great blogger unite program.. May this my second reward from nuffnang??"

Thanks..thanks..thanks..Nuffnang...

17 February 2011

10 Panduan Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa

Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
  • 1.  Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
  • Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
  • Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
  • Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di sana, engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
  • 2.  Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
  • Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
  • Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.

  • 3.  Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
  • 4.  Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
  • 5.  Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.

  • 6.  Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
  • 7.  Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
  • 8.  Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
  • 9.  Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
  • 10.  Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?


Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Credit to : PakarHowTo

Moga-moga ketenangan yang diperoleh janganlah disalah gunakan. Seeloknya beristiqamah. Bersihkan hati dan jiwa. Senantiasa ingat kepada Allah dan jagalah amal ibadat. Insya'allah Allah akan memelihara kita.

16 February 2011

[MUTIARA KATA] Waktu, Makan, Pengalaman

Waktu

Mereka yang berbahagia adalah mereka yang menyisihkan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah, menyisihkan waktu untuk tertawa kerana tertawa itu bagaikan muzik dijiwanya, menyisihkan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu menambah kemajuannya, menyisihkan waktu untuk beramal kerana beramal itu akar kejayaannya, menyisihkan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah ibu ketenangan jiwa.

 ******************************************

Makan

Orang tua dulu-dulu selalu mengingatkan kita supaya berhenti makan sebelum kenyang. Jangan makan sehingga terlebih kenyang. Sesungguhnya mereka yang selalu kekenyangan akan bertambahlah dagingnya. Apabila bertambah dagingnya, maka bertambahlah nafsunya. Apabila bertambah nafsunya, maka bertambahlah dosanya. Apabila bertambah dosanya, maka bertambah keras hatinya. Segala pertambahan ini akhirnya akan menenggelamkan dia ke dalam bencana dunia.

  ******************************************

Pengalaman

Manusia di muka bumi ini terdiri daripada tiga jenis. Pertama, mereka yang dikatakan bijak dan berpengalaman kerana belajar daripada pengalaman sendiri. Kedua, mereka yang cerdik dan menikmati kegembiraan dalam hidupnya kerana golongan ini belajar daripada pengalaman orang lain. Ketiga, mereka yang hanyut dengan kebodohan sendiri kerana tidak mahu belajar daripada pengalaman sendiri mahupun pengalaman orang lain.

15 February 2011

Selawat ke atas Nabi Muhammad S.A.W.


صلوات نبي
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Rasul, salam atasmu
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai Nabi salam atasmu
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
Selawat Allah ke atasmu
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
Wahai kekasih, salam atasmu
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
Hilang segala cahaya
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
Bulan purnama menyinari kita
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
Wajah gembira sepanjang hayat
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
Indah menawan tak pernah dilihat
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
Kaulah cahaya mengatasi cahaya
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
Kaulah matahari, kaulah bulan
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
Kaulah menyuluhi jiwa
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
Kaulah rahsia hidup mulia
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
Wahai pendamping indah sejagat
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
Wahai kekasihku, ya Muhammad
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
Wahai imam 2 kiblat
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
Wahai Nabi dijulang dipuja
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
Wahai penghulu keturunan mulia
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
Bahagialah orang memandang wajahmu
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
Kunjungi kami pada hari akhirat
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
Kolam airmu sejuk jernih
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
Tiada berhenti rindukanmu
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
Sepanjang malam unta berjalan
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
Dan Malaikat sama berselawat
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
Engkau dipayungi awan putih
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
Dialah menyahut semua seruan
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
Allah mengetahui rahsia sulit
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
Dengan segala amalan soleh
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
Wahai Tuhan Rahmatilah kami
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
Sebanyak baris kertas ditulis
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
Empunya wajah berseri menawan
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
Ahmad Muhammad petunjuk jalan
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ
Wahai Tuhan, selawat dan salam dan keberkatan atasnya

14 February 2011

Salam Maulidur Rasullullah S.A.W

Hari ini 12 Rabiulawal Tahun Gajah bersamaan 20 April 571M   adalah ulangtahun hari keputeraan/kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Bonda Baginda; Aminah binti Wahb dan Ayahanda Baginda ; Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibu susuan baginda Halimahtus Sa'adiah.

Sesungguhnya pergorbanan dan perjuangan baginda dalam menyebarkan dan menyampaikan syiar Islam tiada galang gantinya. Marilah sama-sama kita berselawat kepada junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. dan mengamalkan sunnahnya.

Salam Maulidur Rasul……

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
Selawat Allah ke atas Muhammad
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Selawat salam dipohon lagi




Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi[1229]. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya[1230]. (Al-Ahzab : 56)



Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan dia adalah keras terhadap orang-orang kafir, tetapi berkasih sayang sesama mereka. Kamu lihat mereka ruku' dan sujud mencari karunia Allah dan keridhaan-Nya, tanda-tanda mereka tampak pada muka mereka dari bekas sujud[1406]. Demikianlah sifat-sifat mereka dalam Taurat dan sifat-sifat mereka dalam Injil, yaitu seperti tanaman yang mengeluarkan tunasnya maka tunas itu menjadikan tanaman itu kuat lalu menjadi besarlah dia dan tegak lurus di atas pokoknya; tanaman itu menyenangkan hati penanam-penanamnya karena Allah hendak menjengkelkan hati orang-orang kafir (dengan kekuatan orang-orang mukmin). Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal yang saleh di antara mereka ampunan dan pahala yang besar.

[LAGU] Brothers - Doa Perpisahan

Pertemuan Kita Di Suatu Hari
Menitiskan Ukhwah Yang Sejati
Bersyukurku Ke Hadrat Ilahi Di Atas Jalinan Yang Suci

Namun Kini Perpisahan Yang Terjadi
Dugaan Yang Menimpa Diri
Bersabarlah Di Atas Suratan
Ku Tetap Pergi Jua

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah Hamba Mu

Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku
Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu
Di Atas Perpisahan Ini

"Teman Betapa Pilunya Hati Menghadapi Perpisahan Ini.
Pahit Manis Perjuangan Telah Kita Rasa Bersama. Semoga
Allah Meredhai Persahabatan Dan Perpisahan Ini. Teruskan
Perjuangan"

Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku
Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu
Ya Allah Bantulah HambaMu

Senyuman Yang Tersirat Di Bibirmu
Menjadi Ingatan Setiap Waktu
Tanda Kemesraan Bersimpul Padu
Kenangku Di Dalam Doamu

Semoga Tuhan Berkatimu

Tajuk Nasyid : Doa Perpisahan
Artis : Brothers
Album : Teman Sejati

07 February 2011

[ADVERT] Nuffnang Exclusive Screening (in Penang) – Drive Angry

"I don’t Drive Angry but I want to watch Nicholas Cage Drive Angry because i can blog the best experience with Nuffnanger and other blogger. Nuffnang Exclusive Screening (in Penang) will be the great blogger unite program.. May this my second reward from nuffnang??"

That’s right! We’re having an Exclusive Screening this February for Drive Angry in Penang! If you happen to be a Nuffnanger in Penang or if you’re planning a trip to Penang at the end of this month, we suggest you stay tuned. ;)
Before we delve into the screening details, let’s explore more about the movie – Drive Angry, shall we?
Sypnosis
“Drive Angry” stars Nicolas Cage as Milton, a hardened felon who has broken out for one last chance at redemption. Hell bent on stopping a vicious cult of fanatics who murdered his daughter, he has three days to stop them before they sacrifice his infant granddaughter beneath a full moon. Milton must use his anger to go beyond all human limits in order to save his last connection with humanity.
He’s joined by Piper, a young sexy-smart waitress who liberates her ex-boyfriend’s cherry red muscle car in order to help Milton. Now, the two of them are hot on the trail of the charismatic Jonah King and his murderous followers. King will throw every one of them faithful under the wheels of Milton’s turbo-charged Black ’71 Challenger, to fulfill his destiny and unleash hell on earth.
But the bloodthirsty cult is the least of Milton’s problems. The police are after him, too. And worse. An enigmatic killer known only as “The Accountant.” The Accountant knows what Milton is trying to and simply doesn’t care. With wicked cunning and hypnotic savagery, the Accountant will relentlessly pursue Milton at high speed across the forgotten back roads of the American south.
Fueled by high octane and pure rage, Milton and Piper must battle the onslaught of King’s disciples, avenge his murdered daughter, and save his granddaughter before his last chance at redemption is revoked.
If you ask me, this movie has all the ingredients needed for the perfect dude movie. Fast cars? Check. Fast-paced scenes including guns and explosions? Check. A hot girl to go along with all the above? Check. Hahaha, sorry for the stereotype but it does apply to a lot of the male Nuffies in our office.
Courtesy of Nusantara Edaran Filems and sponsors, 75 Nuffnangers and their guests will be able to catch Drive Angry on;
Date : 26 February 2011 (Saturday)
Time : 3.30pm
Venue : TGV 1st Avenue



p/s: jom beramai-ramai meriahkan peraduan ini.... http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/02/01/drive-angry/

04 February 2011

[PANDUAN] Bersyukur dengan nikmat Allah

 
 Dan (ingatlah) tatakala Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras".
 
And remember! your Lord caused to be declared (publicly): "If ye are grateful, I will add more (favours) unto you But if ye show ingratitude, truly My punishment is terrible indeed."

01 February 2011

[QUOTES] LOVE

"Love involves a peculiar unfathomable combination of understanding and misunderstanding" ~Diane Arbus