26 April 2011

[MUTIARA KATA] : Hadis

Apabila kamu berasa letih setelah berbuat kebaikan, maka sesungguhnya keletihan itu akan hilang dan kebaikan itu akan kekal selamanya. Namun, sekiranya kamu bersenang –lenang dengan dosa yang dilakukan akan terus kekal. – Ali bin Abi Talib r.a.

Hiduplah sesuka hatimu, sesungguhnya kamu pasti mati. Cintailah sesiapa yang kamu sukai, sesunggunya kamu pasti akan berpisah dengannya. Lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki, sesungguhnya kamu akan memperoleh balasannya. Ingatlah bahawa dalam setiap kesukaran itu akan ada kesenangannya.- Ibnu Abbas.

Didiklah anak-anakmu itu berlainan caranya dengan kamu sekarang kerana mereka telah dijadikan Tuhan untuk zaman yang bukan dari zamanmu. – Sayidina Umar al-Khattab.

Jauhilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan mereka yang dekat, lari darimu dan begitu juga sebaliknya. Jauhilah berteman dengan orang yang bakhil kerana dia akan melupakanmu sewaktu kamu sangat memerlukannya. Jauhilah mereka yang suka berbuat kejahatan kerana dia tidak akan teragak-agak untuk menjualmu dengan harga yang amat murah.- Ali bin Abi Talik r.a.

Janganlah engkau percara apabila melihat kegagahan seorang lelaki. Sebaliknya jika mereka teguh memegang amanah dan menahan tangannya daripada menganiaya sesama manusia, itulah lelaki yang sebenarna. – Umar al-Khattab r.a.

Hanya lidah yang boleh berdusta dan berbohong. Tetapi pandangan mata, ayunan kedua-dua belah tangan, langkah kedua-dua belah kaki dan pergerakan tubuh akan menafikan apa yang diucapkan oleh lidah. – Umar al-Khattab r.a.

25 April 2011

[INFO] Siapa Malaikat Itu?


Suatu hari, seorang bayi menerima perintah daripada Penciptanya: “Sebentar lagi, engkau akan bersiap sedia untuk diturunkan ke dunia.”
Sesungguhnya bayi itu berasa amat takut, gusar memikirkan akan dilahirkan ke dunia yang tidak pernah dilihatnya.
Lalau bayi itu bertanya kepada Tuhannya: “ Selama ini ada malaikat yang menjagaku. Dan para malaikat ini memberitahu aku akan dikirimkan ke dunia. Tetapi, bagaimana aku akan hidup di dunia itu dengan tubuhku yang kecik dan lemah ini?”
Lalu Tuhannya menjawab: “ Jangan takut. Sesungguhnya aku telah memilih seorang malaikat untuk menjaga dan mengasihimu di dunia itu nanti.”
Akibat masih takut, bayi itu bertanya lagi: “Dunia itu sudah tentu berbeza. Jika di dalam syurgaini aku hanya perlu bermain, bernyanyi dan ketawa membuatku terasa bahagia. Bagaimana di dunia itu nanti?”
Lalu Tuhannya menjawab: “Jangan takut. Malaikat yang ku pilih itu akan menyanyikan lagu untukmu, menghadiahkanmu dengan senyuman dan kasihnya membuat engkau berasa hangat dan dicintai.”
Bayi itu masih belum berpuas hati lalu bertanya lagi: “Aku tidak akan memahami bahasa mereka dan mereka jugak tidak akan memahami apa yang aku bicarakan. Bagaimana aku boleh hidup dengan mereka?”
Lalu Tuhannya menjawab: “Malaikat yang kupilih itu akan berbicara padamu dengan bahasa yang paling indah, paling lembut dan dipenuhi kesabaran dan perhatian. Dengan ketulusan dia akan mengajarmu untuk berbicara.”
Bayi itu bertanya lagi: “Dan bagaiman caranya perlu aku lakikan jika ingin berbicara dengan-Mu kelak?”
Lalu Tuhannya menjawab: “Malaikatmu itu akan mengajarmu bagaimana caranya nanti!”
Bayi itu masih terus bertanya: “Aku dengar di dunia itu ramai orang jahat. Jadi, siapa yang akan melindungaiku nanti?”
Lalu Tuhannya menjawab: “Malaikatmu itu akan melindungimu dengan segenap jiwa raganya sekalipun perlu mengorbankan dirinya!”
Dengah sedih, bayi tu bertanya lagi: “Aku akan berasa sedih kerana tidak dapat bersama dengan-Mu lagi!”




Lalu Tuhannya menjawab: “Usah gusar. Malaikatmu itu akan menceritakan tentang-Ku padamu. Malaikat itu akan mengajar engkau bagaiman engkau akan kembali kepada-Ku bila sampai waktunya nanti. Sesungguhnya Aku sentiasa berada di sisimu!”
Dan sebelum diturunkan ke dunia, bayi itu bertanyakan soalan terakhir: “ Jika sudah terpaksa aku pergi ke dunia itu, bolehkan aku tahu siapakah nama malaikat yang Engkau maksudkan itu?”
Lalu Tuhannya menjawab: “Ibu! Ibu yang melahirkan engkau!”

Umpama Segenggam Garam


Seorang guru sufi menemui muridnya yang asyik termenung dan berwajah murung. Guru sufi tersenyum apabila mendengar masalah yang diceritakan muridnya. “Nah ambil segelas air dan bubuh segenggam garam” arah si guru sufi itu. Si muridpun mengikut arahan gurunya dan mamasukkan segenggam garam. “Cuba minum sedikit”, jawab si murid. Wajah murid itu mencebik setelah meminum air masin tadi. “Huh masin, tekak mual” jawab si murid. Peliknya guru sufi itu hanya tersenyum sambil ketawa. Si murid tadi masih hairan. Mengapa gurunya menyuruh meminum air garam? “Nak sekarang mari ikut ke tasik”, ajak si guru sambil meminta membawa segenggam lagi garam ke arah sebuah tasik. “Lemparkan garam itu ke tasik!”, arah si guru. Muridnya segera mengikut arahan. “Sekarang cuba minum air tasik ini”, arah si guru lagi. Muridnya menanggukkan kedua belah tangan ke mulutnya. “Ah, segar sungguh”, kata si murid lagi. “Masih terasakah garam seperti air dalam gelas tadi?”, Tanya gurunya. Si murid menggeleng-gelengkan kepalanya.
“Segala masalah hidup ini umpama segenggam garam. Banyaknya masalah hidup sudah dikhadarkan oleh Allah sesuai dengan diri seseorang. Tiada seorang manusia waima seorang Nabi terlepas dari penderitaan dan masalah hidup” kata gurunya.
“Tapi penderitaan yang di alami itu bergantung pada bersarnya qalbu (yakni hati) yang menampungnya jadi nak, supaya tidak rasa menderita berhentilah menjadi gelas. Jadilah qalbu dalam dadamu sebesar tasik!”

14 April 2011

[PANDUAN] ADAB : BERGURAU

Niat yang benar.
Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya memperoleh semangat baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.

Tidak berlebih-lebihan
Dalam bergurau kerana dalam Islam menuntut agar bersederhana dalam setiap perkara. Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.

Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun kekadar gurauan

Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kawin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

Tidak menakut-nakutkan seorang Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Tidak halal bagi seorang muslim membuat takut seorang Muslim yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunah Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “ Sesungguhnya aku juga bergurau –senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar.” (Riwayat al-Tabarani)

Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk.  Allah berfirman yang bermaksud: ”Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan persilisihan di antara mereka.” (Surah al-Isra’ 17:53)

Tidak banyak tertawa. Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah: ”Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.” (Riwayat Ibn Majah)

Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasulullah dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.

Sumber : SOLUSI isu 30

12 April 2011

[PANDUAN] LANGKAH AGRESIF MEMBURU KEMANISAN IMAN


Para ulama Tasawuf menyatakan, seseorang yang ingin merasai kemanisan iman hendaklah berusaha mengingatkan dua perkara serta melupakan dua perkara

Ingatlah DUA Perkara

1.        Kebaikan Orang Kepada Kita

Kebaikan orang kepada kita hendaklah selalu diingat. Orang yang pernah menolong kita dengan nasihat, wang ringgit, tenaga dan sebagainya perlu diingat. Jika boleh, dibalas dengan budi yang setimpal atau lebih. Ini akan menyebabkan kita mudah menjadi orang yang pemaaf kerana merasakan kebaikan orang lain melebihi kesalahannya.

Lebih-lebih lagi nikmat Allah kerana kita perlu disyukuri, perlu selalu diingat dan disebut-sebut sebagai tanda kesyukuran dengan lidah dan hati. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud: “Dan terhadap nikmat Tuhanmu, maka hendaklah kamu menyebut-nyebutnya (sebagai tanda bersyukur).” (Surah al-Duha 93:11)

2.      Kesalahan Kita Kepada Orang

Hendaklah sentiasa ingat kesalahan kita kepada orang lain agar terdorong kita meminta maaf. Inilah yang akan membuahkan kasih sayang sesame manusia kerana Allah. Berazamlah untuk tidak mengulangi kesalahan seperti itu lagi.

Lebih perlu kita mengingati dosa-dosa dan kederhakaan kita kepada Allah. Ini akan menimbulkan rasa insaf, takut, menyesal, yang akhirnya mendorong kita bertaubat kepada Allah. Ingatlah, bahawa dosa yang menyebabkan kita menangis lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur.

Lupakan DUA Perkara

1.      Kebaikan Kita Kepada Orang

Jangan sesekali mengungkit-ungkit jasa dan kebaikan kita kepada orang lain. Hakikatnya kita hanya menjadi wasilah kepada nikmat Allah yang hendak diberikan-Nya kepada manusia lain. Sikap mengenang dan mengungkit kebaikan diri ini akan membatalkan amal. Jadi, apabila kita membuat kebaikan kepada orang lain, cuba rasakan seolah-olah kita tidak pernah berbuat baik kepadanya.

Lebih-lebih lagi, perkara yang perlu kita lupakan adalah segala amal ibadah yang telah kita tunaikan kepada Allah. Perbuatan mengingat ibadah yang telah dikerjakan hanya akan mencalarkan keikhlasan. Sedangkan segala-galanya dilakukan atas hidayah Allah jua. Oleh sebab itu, setelah beramal rasakan seolah-olah kita tidak beramal. Dengan itu kita akan selamat daripada rasa ujub, sum’ah, riyak atau bangga diri.

2.      Kejahatan Orang Terhadap Kita

Anggaplah seolah-olah tidak ada sesiapa yang bersalah dengan kita. Ini akan membantu kita mengawal rasa marah dan dendam. Kita hanya hamba Allah, bukan tuan  lebih-lebih lagi  Tuhan dalam kehidupan ini. Jadi, apabila hamba Allah yang lain melakukan kesalahan kepada kita anggaplah kita layak untuk disakiti kerana kita hanya hamba Allah.

Lebih-lebih lagi yang perlu kita lupakan adalah segala kesusahan, ujian, musibah atau malapetaka yang Allah timpakan. Sedarlah bahawa, kesakitan, kematian, kerugian, kemalangan, kegagalan dan malapetaka alam seperti gempa bumi, banjir, kemarau, rebut taufan, tsunami, wabak penyakit, kemelesetan ekonomi dan sebagainya itu hanya mehnah daripada Allah untuk “memujuk” manusia kembali kepada-Nya.

Kesimpulannya:
     Sayangnya, dalam kehidupan ini kita selalu bertindak songsang. Apa yang perlu kita ingat, kita lupakan. Apa yang perlu kita lupakan, kita ingat. Akibatnnya, kemanisan iman semakin tawar dan hambar dalam kehidupan kita. Sampai ke tahap ada orang yang menafikan terus adanya kemanisan ini ada dalam kehidupan. Alhasil, manusia yang renggang dengan Allah akan renggang juga dengan sesame manusia. Dan akhirnya, tidak ada lagi kemanisan dalam kehidupan di dunia ini akibat langsung daripada tidak ada kemanisan iman dalam hati manusia!

Sumber : SOLUSI isu 30



11 April 2011

[INFO] SOLAT: MENDAKAP TANGAN KETIKA BERDIRI

Selepas takbiratulihram, kedua-kedua belah tangan hendaklah didakapkan. Bagaimanapun, para ulama telah sepakat bahawa tiada dalil yang mewajibkan kedudukan tangan seumpama ini dan ia bukanlah rukun mahupun syarat sah solat. Ia hanya sunat menurut beberapa mazhab.

Hujah mereka kerana dalam sebuah hadis ketika Nabi Muhammad s.a.w. mengajar seorang lelaki yang teruk cara solatnya, maka apa bila Nabi Muhammad s.a.w. menyuruh lelaki itu solat semula dan mengajarnya cara solat, Baginda tidakpun menyebut tentang kedudukan tangan. (Riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Maka ini membuktikan bahawa ia bukanlah perkara yang wajib. Demikian pandangan Imam al-Syawkani, yang juga diutarakan oleh Syeikh Atiyyah Saqar dan lain-lain. (Syeikh Atiyyah Saqar, Min Ahsan al-Kalam, jil. 1, hlm. 484)

Walaupun demikian, meletakkan tangan pada kedudukan sedemikian adalah salah satu sifat kebiasaan solat Nabi Muhammad s.a.w.

Dalil Berdakap Tangan

Berikut adalah beberapa hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang menyebut tentang kedudukannya:

  •  Sahabat Nabi bernama Wail r.a. menggambarkan sifat solat Nabi dengan katanya : “Kemudian Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya dan pergelangan dan awal lengan.” (Riwayat Muslim dan Ahmad)
  • Daripada Ibn Mas’ud r.a., beliau menceritakan: “Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. lalu disebelahku ketika aku sedang solat, tatkala itu aku meletakkan tangan kiriku di atas tangan kananku,  maka Nabi Muhammad s.a.w. membetulkan lalu meletakkan tangan yang kanan di atas yang kiri.” (Riwayat Abu Daud no.755)
  •  Daripada Wali bin Hujr berkata: “Aku solat bersama Nabi Mumammad s.a.w. dan Baginda meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya lalu diletakkan di atas dadanya.” (Riwayat Ibn Khuzaimah)
  • Daripada Abi Jarir daripada ayahnya yang bermaksud : “Aku melihat Ali memegang tangan kirinya dengan yang kanannya di sendinya lalu diletakkannya di sebelah atas pusatnya.” (Dalam sanat ini terdapat Abu Talut Abdul Salam bin Abi Hizam. Abu Duad mengkritiknya)
  •  Ali meriwayatkan: “ Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w. meletakkan telapak tangan di atas telapak tangan yang lain dan diletakkan di bawah pusat.” (Riwayat Abu Daud. Abu Daud mengkritik hadis ini: “Aku mendengar Imam Ahmad bin Hanbal mengatakannya daif.”)
Kesimpulannya daripada hadi-hadis di atas dan lain-lain, terdapat beberapa cara berdakap tangan.

Sumber : SOLUSI isu 30

08 April 2011

[DOA] Doa Lindungi Rumahtangga Dari Sihir

Ayat-ayat melindungi rumah tangga dari terkena sihir
dipetik dari program Semanis Kurma (TV9)


YUNUS
81 Setelah mereka campakkan (benda-benda itu), Nabi Musa berkata: "Apa yang kamu datangkan itu, itulah sihir sesungguh Allah akan mendedahkan kepalsuannya (dengan mukjizat yang dikurniakanNya kepadaku) sesungguhnya Allah tidak akan menjayakan perbuatan orang-orang yang melakukan kerosakan.


An Najm
58 Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau menghapuskan huru-hara "hari kiamat" itu


Al Hadiid

3 Dialah Yang Awal dan Yang Akhir dan Yang Zahir serta Yang Batin dan Dialah Yang Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.


07 April 2011

[INFO] Rama-Rama @ Kupu-Kupu?


Rama-rama, (Bahasa Inggeris: Butterfly) adalah sejenis serangga. Nama siantifiknya Lepidoptera, sama seperti kupu-kupu. Kebanyakan rama-rama mempunyai warna yang terang dan menarik. Terdapat lebih dari 140,000 spesis Lepidoptera di dunia, hanya 20.000 spesies kupu-kupu dan bakinya 120,000 spesis rama-rama. Malaysia mempunyai sekitar 1,200 jenis rama-rama.



Ramai orang keliru antara kupu-kupu dan rama-rama. Perbezaan fizikal utama ialah pada sesungutnya. Kebanyakan rama-rama mempunyai sesungut berfilamen yang langsing dan berbentuk belantan di hujungnya. Sesungut rama-rama pula lebih berbulu.

Perbezaan lain adalah kupu-kupu akan merentangkan sayapnya apabila berehat, sementara rama-rama sayapnya terlipat tegak di atas tubuh pada waktu berehat.


Kebanyakan rama-rama aktif pada siang hari dan oleh itu berwarna-warni, manakala kupu-kupu aktif pada malam hari dan tertarik kepada cahaya lampu. Rama-rama suka hinggap di bunga. Ia menghinggap menggunakan mulut yang berbentuk seperti straw.


Dari ulat jadi kepopong..
tidur lena dalam kelonsong..
tiba masa kepompong pecah..pomm..
jadi rama rama yang indah..

Rama rama terbang merata..
sungguh cantik aneka warna...
hisap madu di kebun bunga..
tapi sayang hidupnya tak lama..
kepada Allah kembali jua...