09 January 2012

04 January 2012

Sifat Bertenang Selalu

Dalam menjalani kehidupan harian tentulah kita tak boleh lari dari berdepan dengan kerenah manusia. Bergantung pada situasi, keadaan dan mood tentulah sedikit sebanyak menggugat kesabaran dan menimbulkan rasa stress. Bertenang berkait rapat dengan sifat sabar dan jiwa. Kadang-kadang ujian yang datang itu pelbagai dan menimbulkan rasa benci dan amarah. Kadang-kadang kita mengambil sikap menjauhkan diri dan kadang-kadang juga sifat itu berpaling dengan cara berdepan. Bergantung pada situasi dan keadaan. Kewarasan akal fikiran dan jiwa yang luhur dapat mengimbangi keadaan. Pun begitu dalam arus dunia sekarang yang nak cepat, pantas dan tanpa berlengah menyebabkan manusia tidak dapat bertenang atau hidup dalam ketenangan yang sebenar.

Menghadapi kepelbagaian sifat manusia dalam bermasyarakat seringkali menguji kesabaran kita dan dalam pada itu ada kalanya perkara-perkara yang dibuat oleh orang lain tidak selari dengan pendapat kita apatah lagi dengan batas-batas agama dan lumrah manusia.


Allah berkata lagi, “Berilah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” -Surah al-A'raf ayat 199-


Allah berkata lagi, “Dan tidaklah sama(kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik,; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar daripada kebahagiaan dunia dan akhirat.” - Surah Fussilat ayat 34-35-

Dari Abdullah bin Abas, katanya “Rasulullah pernah berkataa kepada Asyaj Abdul Qais,'Pada saudara ada dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu sabar dan bertenang.” ~Riwayat Muslim~

Dari Aisyah r.a., Nabi Muhammad pernah berkata, “Allah memang lemah lembut dan tenang, suka kepa sifat bertenang. Dia memberi kelebihan kepada sifat bertenang, iaitu sesuatu yang tidak diberinya kepada sifat keras dan menyusahkan. Malahan dia memberi kelebihan yang tidak diberikannya kepada sifat-sifat lain.” ~Riwayat Muslim~