19 June 2021
15 August 2014
Kita, Israel & Palestin 2014
Kita..
korang pernah tak test 2 rakaat solat korang power ke tak? dah sampai masanya weiii..
~mintaklah bantuan dr Allah melalui sabar dan solat..
Israel..
Israel tahu lelaki muslim akil baligh Malaysia solat subuh berjemaah tak 100% lagi.. tu sebab dia berani..

Palestin..
Pengajaran yang boleh dipelajari daripada keadaan semasa di Palestin.

- Perhatikan apa pengajaran yg Allah mahu mengajar kita. Bagaimana mereka mengorbankan hidup mereka, dan bagaimana pula kita mengorbankan hidup kita. Kedai-kedai & rumah-rumah mereka sedang dibom tetapi mereka tinggal untuk mempertahankan Masjidil Haram. Namun kita tidak boleh mengorbankan kedai kita untuk solat Zohor.
- Berapa banyak mereka dibom & dibunuh, ini tidak akan memadamkan cahaya iman. Solat, Tabligh, Terawih, I'tikaaf.. semua masih berjalan di sana. Apa yang boleh yahudi lakukan? Mereka hanya boleh membuat kita berasa kecewa dalam akhbar. Akhbar itu kebanyakannya adalah cerita karut.
- Umat Islam telah dijadikan satu badan sejak dahulu lagi. Untuk itu bapa saudara & keluarga Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam terpaksa dikorbankan.
- Berarak di jalan-jalan bukanlah penyelesaian. Penyelesaian itu adalah di dalam jalan yang lurus iaitu jalan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam.
- Pergi lah & boikot lah semua produk, tetapi jika kita tidak datang kepada solat, amalan sunnah, keteguhan amalan agama, kerja-kerja tabligh & membersihkan hati, kita tidak akan mendapatkan pertolongan Allah & ekonomi mereka tidak akan lumpuh.
- Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam juga berniaga dengan orang Yahudi. Baginda tahu mereka musuh tetapi masih berniaga dengan mereka. Mengapa? Berdagang atau tidak berdagang dengan mereka bukan syarat pertolongan Allah.
- Bantuan Allah akan datang apabila umat membawa amal. Tidak kira sama ada orang-orang Yahudi kaya atau miskin, mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa.
- Kita terlalu banyak beremosi. Kita mahu melompat seperti monyet di jalan-jalan, memegang beberapa sepanduk, membawa wanita-wanita & mengiklankan kepada semua orang bukan Islam. Kita fikir pertolongan Allah akan datang. Pertolongan Allah tidak akan datang seperti itu.
- Bantuan Allah akan datang apabila umat akan bangun pada masa tahajjud, umat akan menitiskan air mata, meninggalkan keluarga dengan menggunakan harta, diri dan masa mereka untuk agama ini, maka pertolongan Allah akan datang.
- Tiada guna kita duduk dan melaungkan 'Palestin, Palestin,' & kita mahu memboikot satu coklat & syampu. Sedangkan rumah & kereta kita & perniagaan kita menggunakan sistem riba. bagaimana pula simpanan bank dan insuran yang kita buat? Kita sendiri berperang dengan Allah kerana berurusan dengan sistem riba. Nampaknya seseorang yang lain pula perlu berarak bagi menentang kita.
- Apa yang berlaku di Palestin adalah gambaran daripada keadaan ummah. Apabila amal ummah betul, akan ada keamanan di Palestin.
- Apabila kita lebih memilih tidur dari solat, fesyen semasa lebih dari sunnah, mendedahkan rambut lebih dari berhijab, cara hidup musyrik melebihi cara Sunnah & menggunakan wang kita di pawagam & kelab berbanding di jalan Allah, maka kita adalah membeli bom, peluru & fosforus putih untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Mereka yang mati syahid akan ke syurga, tetapi apa yang akan menjadi hasil kita di akhirat kelak? Bukan sahaja kita tidak membantu saudara kita, kita menyumbang kepada pembunuhan mereka. Apa jawapan kita akan beri di akhirat nanti?
- Cara berdemonstrasi yang mudah adalah bangun untuk tahajjud & menitiskan air mata. Juga membuang TV & muzik keluar dari rumah, termasuk nada dering muzik. Sebenarnya kita telah melakukan perkara yang sama yang menyebabkan kemusnahan ummah.
- Apakah PBB akan lakukan untuk orang Islam? Sebenarnya kita lupa Allah. Kalimah syahadah hanya pada lidah kita tetapi tumpuan hati beralih ke tempat lain. Apabila tumpuan hati hanya pada Allah maka presiden negara ini & negara itu tidak akan memberi kesan kepada kita.
- Kisah saudara kita di Palestin telah memberikan kita satu pengajaran. Mereka telah menulis sejarah Islam dengan darah mereka. Tetapi kita akan disoal apa yang kita telah korbankan untuk agama?p/s: Artikel dipetik dari laman web azharjaafar313
23 January 2014
24 December 2013
11 October 2013
Doaku Di Hari Ulang Tahun Kelahiran (Repost)
Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadrat Illahi dengan limpah
rahmatNya telah 34 tahun saya menjadi khalifah dimuka bumi. Moga2 dengan
limpah kurniaNya dapat saya menambah keimanan, ketaqwaan dan keredhaan
hidup untuk terus beribadat kepada Yang Maha Esa.
Dan semakin hari menginjak usia saya menghadapi saat kematian yang telah ditetapkannya pada hari yang tidak sesiapapun ketahui.
Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al A'raaf : 34)
Saya berdoa agar dipermudahkan saat Malaikat Maut datang menjemput dengan rahmat Allah jua..
Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."
Ya Allah, dihari yang indah ini, kami menadah tangan beramai-ramai kehadhrat-Mu. Kami mohon belas kasihan-Mu, kami mohon kasih sayang-Mu, kami mohon keredhaan-Mu. Wahai Allah tuhan sekelian alam.
Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan rahmat-Mu janganlah Engkau berpaling daripada kami janganlah Engkau tinggalkan kami, kepada siapakah lagi, kami ingin meminta tolong selain-Mu wahai Allah?.
Wahai Allah, Engkau telah menciptakan matahari dan bulan, siang dan malam, gunung ganang dan lautan, haiwan ternakan dan tanam tanaman, Engkaulah Allah, yang mengatur segala urusan.
Ya Allah, ya tuhan kami, hanya Engkaulah satu-satunya tuhan kami, tempat kami mengadu dan tempat kami meminta. Daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu, pasti kami semua akan dikembalikan.
Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, terutama kedua ibubapa, yang telah melahir dan membesarkan kami, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara sewaktu kami kecil tidak berdaya.
Ya Allah, balaslah setiap titisan darah dan peluh mereka, melahir dan membesarkankan kami, dengan ganjaran berlipatganda, kami berwakil kepada Mu untuk membalas mereka, dengan sebaik-baik anugerah dan pahala, jadikanlah mereka berbangga melahirkan kami, wahai tuhan manusia yang Maha Esa.
Ya Allah, kami mohon jadikanlah anak-anak, zuriat keturunan serta pasangan kami, mereka sebagai penyenang bagi hati kami dan penyejuk bagi mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. Lembutkanlah hati mereka untuk tunduk patuh kepada-Mu, menjunjung tinggi syariat-Mu, memperjuangkan kalimah-Mu beramal dengan sunnah kekasih-Mu. Ya Allah jadikanlah mereka berlaku lembut dan kasih kepada kami sebagai ibubapa, mendoakan kami ketika kami telah tiada jadikanlah kami pula berbangga melahirkan mereka, wahai Allah, wahai Allah, tuhan yang maha bijaksana.
Ya Allah, di hari yang penuh dengan berkat ini, kami mohon rahmatkanlah hamba mu yang kami kasihi dan yang kami rai. Murahkan rezeki mereka, gembirakan hati mereka, sihatkan tubuh badan mereka, berkatkan ahli keluarga mereka, muliakan zuriat keturunan mereka, teguhkan ikatan perkahwinan mereka, dalam redha dan rahmat-Mu sentiasa, dari dunia hingga ke syurga, kekal selama-lamanya.
Ya Allah, peliharalah hamba-Mu INI dan pasangan, dalam kesejahteraan dan keselamatan, panjangkan usia mereka dalam keberkatan dan kesyukuran, akhirkan kehidupan mereka dalam kemantapan iman, himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan.
Himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Himpunkan mereka dan kami kesemua di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Wahai Allah yang memperkenan segala permintaan.
p/s: Doa dipetik dari laman web Darussyifa'

Subscribe to:
Posts (Atom)