13 October 2011

Sumbangan Anda Untuk TLC Promise Me - For the Children of Rumah Aman

Khidmat Pesanan Masyarakat dari Nuffnang

Nuffnang, Churp Churp dan Milkadeal telah berbesar hati untuk mengumpulkan RM 20,000 untuk Rumah Aman, yang mana sumbangan tersebut diperlukan untuk memperbaiki keadaan rumah, membuat pendawaian semula elektrik yang telah berusia lebih 15 tahun dan sistem pemutus litar ke bumi sebagai sebahagian dari kempen syarikat Nuffnang iaitu Truly Loving, Promise Me. Untuk keterangan lanjut boleh click disini.

Jumlah sumbangan mungkin kelihatan banyak namun pihak Nuffnang percaya ia boleh dilakukan dengan sokongan anda semua. Sumbangan juga boleh dilakukan oleh pemilik akaun Nuffnang yang mana telah mengumpulkan kredit. Cuma log in dan click sini

Kata-kata dari nuffnang..penganjur program derma ini..

"Kami dahului dengan ucapan terima kasih atas sumbangan anda"

Antara medium yang boleh anda salurkan derma adalah:-

- Via Maybank2U
Sumbangan derma secara terus ke Rumah Aman (Shah Alam) melalui no akaun 562106720433:
"Nuffnang TLC Promise Me S2". Sila hantar screenshot pemindahan wang sumbangan anda ke tlcpromiseme@nuffnang.com selepas membuat sumbangan supaya pihak Nuffnang dapat membuat pengesahan dan mengatur resit untuk pengecualian cukai yang akan dihantar terus kepada anda!

- Mengambil/Membeli Churpie
Anda sukakan maskot Churp Churp yang comel? Anda boleh mendapatkannya satu sekarang dari Churp Churp, dan kesemua hasil keuntungan jualan Churpies akan terus disalurkan ke Promise Me pledge juga! Click sini untuk keterangan lanjut.

Jika anda ada sebarang pertanyaan, sila berhubung dengan kami di Help dan kami akan membantu anda secepat mungkin.

11 October 2011

Doaku Di Hari Ulang Tahun Kelahiran

Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadrat Illahi dengan limpah rahmatNya telah 32 tahun saya menjadi khalifah dimuka bumi. Moga2 dengan limpah kurniaNya dapat saya menambah keimanan, ketaqwaan dan keredhaan hidup untuk terus beribadat kepada Yang Maha Esa.

Dan semakin hari menginjak usia saya menghadapi saat kematian yang telah ditetapkannya pada hari yang tidak sesiapapun ketahui.

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al A'raaf : 34)

Saya berdoa agar dipermudahkan saat Malaikat Maut datang menjemput dengan rahmat Allah jua..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."



Ya Allah, dihari yang indah ini, kami menadah tangan beramai-ramai kehadhrat-Mu. Kami mohon belas kasihan-Mu, kami mohon kasih sayang-Mu, kami mohon keredhaan-Mu. Wahai Allah tuhan sekelian alam.

Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan rahmat-Mu janganlah Engkau berpaling daripada kami janganlah Engkau tinggalkan kami, kepada siapakah lagi, kami ingin meminta tolong selain-Mu wahai Allah?.

Wahai Allah, Engkau telah menciptakan matahari dan bulan, siang dan malam, gunung ganang dan lautan, haiwan ternakan dan tanam tanaman, Engkaulah Allah, yang mengatur segala urusan.

Ya Allah, ya tuhan kami, hanya Engkaulah satu-satunya tuhan kami, tempat kami mengadu dan tempat kami meminta. Daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu, pasti kami semua akan dikembalikan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, terutama kedua ibubapa, yang telah melahir dan membesarkan kami, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara sewaktu kami kecil tidak berdaya.

Ya Allah, balaslah setiap titisan darah dan peluh mereka, melahir dan membesarkankan kami, dengan ganjaran berlipatganda, kami berwakil kepada Mu untuk membalas mereka, dengan sebaik-baik anugerah dan pahala, jadikanlah mereka berbangga melahirkan kami, wahai tuhan manusia yang Maha Esa.

Ya Allah, kami mohon jadikanlah anak-anak, zuriat keturunan serta pasangan kami, mereka sebagai penyenang bagi hati kami dan penyejuk bagi mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. Lembutkanlah hati mereka untuk tunduk patuh kepada-Mu, menjunjung tinggi syariat-Mu, memperjuangkan kalimah-Mu beramal dengan sunnah kekasih-Mu. Ya Allah jadikanlah mereka berlaku lembut dan kasih kepada kami sebagai ibubapa, mendoakan kami ketika kami telah tiada jadikanlah kami pula berbangga melahirkan mereka, wahai Allah, wahai Allah, tuhan yang maha bijaksana.

Ya Allah, di hari yang penuh dengan berkat ini, kami mohon rahmatkanlah hamba mu yang kami kasihi dan yang kami rai. Murahkan rezeki mereka, gembirakan hati mereka, sihatkan tubuh badan mereka, berkatkan ahli keluarga mereka, muliakan zuriat keturunan mereka, teguhkan ikatan perkahwinan mereka, dalam redha dan rahmat-Mu sentiasa, dari dunia hingga ke syurga, kekal selama-lamanya.

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu INI dan pasangan, dalam kesejahteraan dan keselamatan, panjangkan usia mereka dalam keberkatan dan kesyukuran, akhirkan kehidupan mereka dalam kemantapan iman, himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan.

Himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Himpunkan mereka dan kami kesemua di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Wahai Allah yang memperkenan segala permintaan.


p/s: Doa dipetik dari laman web Darussyifa'

05 October 2011

Sel Darah BABI Dalam ROKOK

Sekadar berkongsi fakta.


KUALA LUMPUR - Seorang pakar akademik dari Australia semalam mendedahkan satu hasil kajian di Belanda baru-baru ini yang mendakwa menemui sel darah merah babi sebagai kandungan penyekat bahan kimia dalam puntung rokok.

Profesor Simon Chapman dari Universiti Sydney dilaporkan berkata, kajian itu mendapati babi digunakan dalam 185 jenis industri termasuk penemuan sel darah merah haiwan itu dalam penapis (filter) rokok.

Kenyataan beliau yang disiarkan oleh akhbar Daily Telegraph kelmarin menjelaskan, hasil kajian tersebut pastinya mengejutkan perokok yang beragama Islam serta Yahudi yang diharamkan memakan babi.

Menurutnya, setakat ini satu jenama rokok yang dijual di Greece telah didapati mengandungi darah babi.


Artikel dipetik dari Akhbar Kosmo 1/4/2010

dan baca selanjutnya di Daily Telegraph

Fakta selainnya...

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
dipetik dari e-fatwa. baca selanjutnya di e-fatwa

p/s: credit to akhbar KOSMO & madaale.com