22 July 2009
GT 128
Pada 23 Mac 2009 Modenas telah melancarkan model cub terbaru mereka iaitu Modenas GT128. Rekabentuk serba baru yang ringkas serta grafik yang mengancam membuatkan model ini cepat mendapat perhatian pengguna-pengguna motosikal terutama golongan muda.
Apa yang menarik model kali ini Modenas menampilkan brek disk pada tayar belakang yang sememangnya dinantikan oleh kaki-kaki rempit moped tanah air. Begitu juga dengan penambahan meter RPM pada papan muka meter GT128 ini. Selain itu lampu depan kini dipecahkan dua seperti mata alien memang menyerlahkan sifat sporty GT128.
Namun jika diselidiki spesifikasi enjinnya ia telah meminjam dari model terdahulu iaitu Modenas X-Cite 130. Mengapa tidak dilahirkan enjin baru dengan kapasiti baru?
Persoalan ini akan sering dibahaskan oleh peminat-peminat moped. Mungkin sesiapa yang memiliki Modenas X-Cite tahu akan keupayaan mesin ini kerana bukan sahaja enjin malah karburator dan ratio gear adalah sama.
GT 128 Meter GT 128 Modenas GT 128 Ekzos GT 128
Jadi ini mungkin faktor kekurangan pada model GT128 kerana hanya rekabentuk luaran sahaja yang baru tapi tidak pada enjinnnya.
Mengapa situasi ini berlaku? Mungkin faktor harga memainkan peranan untuk bersaing dalam kelas ini. Nampaknya sekali lagi modenas mengecewakan peminat-peminat moped.
Namun begitu seperti yang kita sedia maklum model-model Modenas rata-rata mempunyai reputasi baik dari segi penjimatan petrol dan enjin tahan lasak.
Begitu juga dengan Modenas Gt128 yang melepasi tahap piawaian Euro 2. Satu tahap piawaian yang ketat berjaya dicapai bagi memenuhi kempen mesra alam diperingkat antarabangsa. Tahniah Modenas yang masih bekerjasama dengan rakan kongsi mereka iaitu Kawasaki Heavy Industries LTD.
Ada empat warna pilihan yang diberikan iaitu Uranium Orange, Kriptonia Green, Titanium Silver dan Milenia White. Dengan harga yang ditawarkan RM4,888 mungkin ramai yang akan menempah model ini untuk kegunaan harian. Secara keseluruhan model ini memang lawa beb cuma tak dilengkapi dengan monoshock je. Kalau tidak perrghh…. memang gempak habis.
Ok ni spesifikasi Modenas GT128
DIMENSI
* Panjang keseluruhan – 1950 mm
* Lebar keseluruhan – 680 mm
* Tinggi keseluruhan – 1060 mm
* Jarak roda – 1245 mm
* Ruang kelegaan bumi – 120 mm
* Ketinggian tempat duduk – 750 mm
* Berat kering – 102 kg
* Kapasiti tangki minyak – 4.3 liter
* Penggunaan bahan api – 64.4km/liter @ 80km/j
ENJIN
* Jenis – 4 lejang, SOHC satu silinder
* Gerek x Lejang – 53.0 x 59.1 mm
* Sesaran – 130 cc
* Nisbah mampatan – 10 : 1
* Kuasa Kuda Maksimum – 7.18 Kw @ 7500 rpm
* Tork maksimum – 10.7 N.m / 5500 rpm
* Karburator – Keihin NCV24
* Sistem nyalaan – DC – CDI
* Sistem penghidupan – Penghidup tendang dan lektrik
* Sistem sejukan – Udara
* Kapasiti minyak enjin – 1.1 liter
CASIS
* Jenis – Paip – tulang belakang
* Saiz tayar hadapan – 70/90 – 17 38p
* Saiz tayar belakang – 80/80 – 17 44p
* Suspensi hadapan – Cabang teleskopik
* Suspensi belakang – Penyerap hentak dwitindakan
* Brek hadapan – Cakera tunggal 234mm
* Brek belakang – Cakera tunggal 192m
TRANSMISI
* Jenis – 4 kelajuan sistem gear berputar
* Jenis klac – Automatik multi cakeri (basah)
* Nisbah pengurangan premier – 3.000 (69/23)
* Nisbah pengurangan akhir – 2.800 (42/15)
* Sistem pacuan – Pemacu rantai
SISTEM ELEKTRIKAL
* Bateri – 12v 3.5 Ah (Sel kering)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment