Terdapat
3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun
akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......
1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.Dia
hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah,
ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam
syurga?”
Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “
Kemudian
ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk
aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira
dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas
kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api
neraka.
2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir
sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya
kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam
syurga?”
Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga
kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang
bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”
Lalu
ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika
hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak
wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru,
alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu
juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.” DI
3. Si
kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam
syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah
kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”
Maka dijawab
olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan
aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan
untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada
orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk
kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “
Sekali lagi ALLAH
menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi
mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu,
perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga
turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.
Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu,
mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita
beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan
terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari
hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi
bukan dari ALLAH.
Salam kenal....Google nak tengok sedikit nasihat terus sampai ke sini...kalu jumpak kat jalan tegur2 la...hehehe
ReplyDelete