HUKUM BERTEPUK TANGAN:
HURAIAN BERASASKAN NAS SYARA DAN REALITI UMAT ISLAM SEKARANG
Raihanah Hj Azahari
Amalan bertepuk tangan
merupakan suatu kebiasaan yang sering berlaku dalam budaya masyarakat
Malaysia, samada dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, dalam
suasana riang atau bersemangat. Bahkan kadang-kadang ia lahir secara
spontan hasil ketaziman yang dilakukan dan samada dilakukan tanpa
scbarang tujuan atau dengan tujuan-tujuan tertentu seperti memberikan
penghormatan. untuk menunjukkan kegembiraan atau scbagai rangsangan
atas bcbcrapa perkara yang dilakukan.
Namun kebiasaan ini
akhirnya menjadi semakin ditinggalkan terutamanya dalam majlis-majlis
tertentu, dan keadaan ini menjadi semakin ketara terutama di akhir
tahun 70-an hingga 80-an, ketika arus kebangkitan Islam melanda bumi
Malaysia. Fenomena ini merebak dengan cepatnya dalam majlis-majlis
terutama dalam perjumpaan-perjumpaan yang berbau keislamanan,
seolah-olah satu kesedaran atau kepercayaan baru muncul, bahawa
budaya ini sebenarnya tidak sesuai dengan roh keislaman yang ada
dalam majlis-majlis tertentu. Orang-orang yang mempelopori
kebangkitan Islam di Malaysia umpamanya mula menggantikan budaya ini
dengan laungan Allahuakbar dan akhirnya laungan Allahuakbar mula
mengambil tempat budaya tepuk tangan. Namun begitu laungan
Allahuakbar ini juga dianggap sepi dan mula ditinggalkan oleh
kebanyakan orang tidak kira samada mereka pendukung gerakan Islam
atau tidak. Dan kesudahannya suatu suasana baru yang wujud ialah
kejumudan, kesepian dan kekakuan dalam suasana atau majlis-majlis
tersebut, tidak ada lagi tepuk tangan dan tidak ada lagi laungan
Allahuakbar. Apa yang jelas, umum rata-ratanya tidak mengetahui
bagaimana sebenarnya fenomena ini terjadi, kenapakah budaya ini
tiba-tiba sahaja ditinggalkan. Apakah asas yang dijadikan sandaran
untuk tidak meneruskan budaya ini? Benarkah ia suatu amalan yang
bertentangan dengan Islam?
Artikel ini cuba
menyentuh beberapa aspek hukum dalarn budaya tepuk tangan untuk
melihat sejauhmana ia boleh diang,gap bertentangan dengan Istam atau
tidak, atau setaltat manakah budaya ini boleh diamalkan, juga
pengamatan se,cara ringkas melalui kaji selidik yang dibuat untuk
mclihat tanggapan masyarakat terhadap budaya ini dan sejauhmanakah ia
diamalkan dalam masyarakat di Malaysia.
PANDANGAN FUQAHA
Merujuk kepada
kitab-kitab fiqh terdahulu atau semasa tidak ramai dari kalangan
fuqaha yang membicarakan soal ini secara terperinci. Suatu yang pasti
ke semua fuqaha dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak langsung
menyentuh perkara ini dalam kitab-kitab mereka.
Meskipun ada fuqaha dari
kalangan Syafi'iyah yang mcmbicarakan soal ini dalam kitab-kitab
mereka namun ia hanya dibicarakan secara ringkas dalam suatu ruangan
yang agak sempit di bawah tajuk hukum bertepuk tangan dan bertasbih
dalam sernbahyang apabila berlaku kekhilafan di pihak imam.
Kebanyakan tulisan selain
dari tulisan fuqaha berkenaan hanya menyentuh persoalan bertepuk
tangan di dalam sembahyang. Begitu juga kitab-kitab tafsir dan hadis
tidak juga Membicarakan soal ini malah kitab-kitab tentang adab juga
tidak menyentuhnya dalam perbincangan mereka.
Secara umumnya
berdasarkan pandangan bcberapa kalangan fuqaha Syaft'i berkenaan
persoalan bertepuk tangan di luar dari perlakuan sembahyang boleh
disenaraikan di bawah dua keadaan:
1. Bertepuk tangan tanpa
apa-apa keperluan.
2. Bertepuk tangan
ketika ada keperluan.
- Bertepuk Tangan Tanpa Apa-apa Keperluan
Terdapat tiga kecenderungan dalam memberikan hukum bertepuk tangan ketika keadaan tidak memerlukan.Al-Ramli menyatakan haram bertepuk tangan dengan tujuan untuk mempermain-mainkan dan pandangan yang muktamad mengikut al-Ramli ialah makruh bertepuk tangan meskijmn tanpa tujuan untuk mempermain-mainkan atau tanpa apa-apa keperluan. Imam Ibn Hajar pula dalam kitabnya Syarh Al Irsyadi menyatakan makruh hukumnya bertepuk tangan walaupun dengan tujuan untuk mempermain-mainkan. Dalam satu pandangan lain menyatakan bertepuk tangan dengan tujuan untuk menyamai sifat wanita (kerana tepuk tangan adalah khusus bagi kaum wanita di dalam sembahyang ketika menegur kekhilafan imam) adalah haram, dan makruh jika tidak dengan tujuan tersebut. Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa dalam hal-hal yang tidak memerlukan seperti main-main atau sebagainya amalan bertepuk tangan ini hukumnya makruh.
- Bertepuk Tangan Ketika Ada Keperluan Semua fuqaha bersependapat bahawa dalam keadaan-keadaan yang memerlukan (hajat) seperti untuk memberikan penghorrnatan, perangsang dan sebagainya ia tidak menjadi suatu yang dilarang atau haram bahkan dituntut untuk melakukannya.
Analisis
Dari pandangan yang
dikemukakan di atas meskipun dalam keadaan dan suasana yang tidak
diperlukan, bertepuk tangan hukumnya makruh. Dalam kaedah usul,
makruh bererti, melakukannya tidak dianggap berdosa, hanya
mengurangkan ganjaran Allah s.w.t. dan rneninggalkannya akan
diberikan ganjaran. Dan suatu yang perlu diingat bahawa perletakan
hukum makruh hanya dalam keadaan yang tidak menuntut budaya itu
dilakukan. (Keadaan-keadaan yang tidak diperlukan bolehlah
dikategorikan scbagai untuk mcmpennain-mainkan atau menghina atau
mengejek dan mempersenda). Namun dalam keadaan dan suasana yang
diperlukan ia boleh diamalkan malah digalakkan.
Suatu perkara yang perlu
juga diberikan perhatian ialah persoalan keperluan atau hajat. Dalam
keadaan bagaimanakah ia dianggap berhajat kepada tepuk tangan?
Melihat kepada aspek hajat ini ia tidak hanya merujuk kepada
perbuatan tepuk tangan untuk memberi penghormatan atau perangsang,
tetapi hajat di sini juga melihat kepada struktur majlis atau suasana
majlis. Seandainya majlis-majlis yang tidak baik (yang mcmpunyai
unsur-unsur negatif dan menyalahi adab persoalan kehadirannya sudah
dipertikaikan apatah lagi menjadi penyumbang kegembiraan kepada
suasana yang tidak sihat tersebut. Jadi, dalarn hal ini keperluan
untuk bertepuk tangan harus juga mengambil kira suasana atau struktur
majlis yang dihadiri, samada ia diharuskan atau sebaliknya.
KESIMPULAN
Bertepuk tangan bukanlah
suatu kesalahan di sisi Islam malah ia merupakan suatu keperluan yang
amat digalakkan untuk menimbulkan suasana yang inembcrangsangkan
dalam sesuatu majlis, tidak kira samada majlis itu rasmi atau tidak,
majlis yang berunsurkan keagamaan atau tidak, asalkan ia bukanlah
majlis yang ditegah untuk /nenghadirinya. Anggapan bahawa amalan
tepuk tangan menyalahi adab dan syariat Islam adalah salah dan tidak
sabit dalam mana-mana nas, malah tidak ada nas yang menyatakan amalan
ini adalah perbuatan syaitan.
LAPORAN PENYELIDIKAN
Bahagian terakhir artikel
ini akan mcmbawa dapatan kajian penulis tentang amalan tepuk tangan
dalam masyarakat untuk mclihat sejauhmana tanggapan masyarakat
berhubung amalan ini. Sejumlah 250 borang soal selidik telah
dicdarkan dan hanya 200 borang yang dikembalikan iaitu 80%.
Rorang-borang yang telah diedarkan ialah 50 di Kedah, 50 di Kelantan
dan 150 di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sehubungan itu sebarang
angka dalam kajian ini adalah merujuk kepada jumlah dan peratusan
ini. Para responden pula mewakili semua lapisan Inasyarakat samada
pelajar atau mereka yang sudah bekerja.
Amalan Tepuk Tangan
Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia
Data yang diperolehi
menunjukkan sebanyak 86.5% iaitu 173 orang dari responden tidak
mcngamalkan tcpuk tangan dalam majlis-majlis yang dihadiri kerana
menganggap amalan ini menyalahi adab Islam atau ia suatu perbuatan
yang tidak Islamik. Matah 10% iaitu 20 orang dari mcreka menganggap
ia sebagai amalan syaitan, dan selebihnya iaitu 3.5% menyatakan ia
tidak sesuai dengan suasana. Peratusan dan jumlah ini dibuat dengan
mengambil kira suasana majlis yang dihadiri oleh para responden iaitu
majlis-majlis bercorak keagamaan seperti ceramah agama, Majlis
Kesenian dan Kcbudayaan Islam juga Majlis Tilawah al-Quran.
Manakala dalam majlis
yang bukan berbentuk keagamaan seperti upacara perasmian, sukan,
ceramah-ceramah umum, bengkel dan lain-lain sebanyak 65% iaitu 130
orang tidak mengamalkan amalan ini kerana anggapan bahawa perbuatan
ini tidak Islamik, 22.59 atau 45 orang dari responden bertepuk tangan
kerana menganggap ia sesuai dengan suasana majlis yang dihadiri dan
selebihnya iaitu 12.5% atau 25 orang bertepuk tangan kerana
ikut-ikutan (kerana orang 1ain semuanya bertepuk tangan).
Menepati hipotesis awal
yang dibuat penulis, kajian menunjuldcan kebanyakan responden tidak
mengetahui hukum bertepuk tangan yang sebenar, secara turun temurun
pengetahuan yang diperolehi diwarisi, sehinggalah ia menjadi anggapan
umum bahawa amalan ini tidak bolch dilakukan. Sebahagian besar dari
mereka rata-rata menganggap amalan ini bertentangan dengan Islam dan
tidak wajar diamalkan dan mcsti digantikan dengan laungan
AllaltuAkbar yang menurut mereka lebih Islamik.
Meskipun terdapat di
kalangan mereka yang bertepuk tangan tetapi bukan atas pengetahuan
bahawa amalan itu boleh dilakukan. hanya kerana melihat kepada
suasana majlis yang dihadiri, dan ini jelas menunjukkan mereka
melakukan amalan tersebut kerana ikut-ikutan.
Dari jawapan-jawapan yang
diberikan juga, jelas menunjukkan bahawa anggapan mereka dibuat tanpa
merujuk kepada nas-nas yang sahih dan dalam masa yang sama tidak ada
suatu kenyataan bertulis dari para alim ulama masakini yang menolak
tanggapan umum mengenai amalan ini. Suatu hakikat yang tidak
dinafikan ialah kejahilan dalam beberapa aspek hukum Islam menjadikan
anggapan ini seolah-olah suatu yang benar.
Masyarakat sewajarnya
mempunyai pengetahuan yang jelas dan tepat mengenai perkara ini dan
beberapa aspek hukum yang lain, yang kadang-kadang difahami secara
tradisi tanpa bukti atau nas yang nyata.
Melihat persepsi ini
dapatlah disimpulkan bahawa meskipun masyarakat berupaya memperolehi
maklumat tentang scsuatu hukum dengan mudah dan berkesan tetapi
maklumat tersebut semestinya diteliti dan dikaji terlehih dahuht
kesahihannya supaya mercka tidak terpesong dalam mengamalkannya.
No comments:
Post a Comment