06 April 2012

[PANDUAN] ADAB : Makan & Minum.

DISIPLIN MAKAN


A. SEDERHANA DAN TIDAK GELOJOH

Baginda mengajar kita agar:
-mengambil beberapa suapan kecil dan tidak gelojoh memasukkan makanan ke dalam mulut.
-makanan dikunyah dengan baik sebelum ditelan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tidak ada bekas yang lebih buruk dipenuhi oleh manusia selain dari perut. Cukuplah bagi manusia beberapa suapan kecil yang mempu menegakkan tulag belakangnya. Apabila menjadi suatu keharusan, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.” (Riwayat Ibn Hibban, Ibn Majah dan al-Hakim)

B. MENGUTIP SISA MAKANAN

Setiap makanan yang dimakan adalah rezeki kurniaan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar umatnya makan dengan cermat dan mengutip sisa makanan yang terjatuh di luar pinggan (sekiranya masih elok dan boleh dibersihkan) menerusi sabdanya yang bermaksud, ; “Apabila salah seorang daripada kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya, dan janganlah dia membiarkannya untuk (makanan) syaitan.” (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no.1404)



DISIPLIN MINUM.


A. MINUM DENGAN TIGA KALI NAFAS

Rasulullah s.a.w. minum dengan tiga kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan dilarang bernafas di dalam gelas. Selain itu Baginda s.a.w. Meneguk dengan lembut, secara perlahan-lahan dan tidak tergopoh-gopoh.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. apabila minum, Baginda bernafas tiga kali dan Baginda bersabda yang bermaksud “Itu lebih enak, lebih nikmat dan lebih sihat.” (Riwayat Abu Daud)

Hikmah sebalik minum dengan tiga kali nafas ialah ia lebih cepat menghilangkan dahaga dan menyihatkan perut. Baginda berpesan agar tidak minum dengan tergesa-gesa (minum dengan satu nafas) kerana ia boleh menyebabkan sakit dada.

B. TIDAK MENGHEMBUSKAN NAFAS KE DALAM GELAS/CAWAN.

Anak-anak juga harus didik agar tidak menghembuskan nafas di dalam gelas ketika minum. Ini kerana Baginda telah melarang bernafas dan meniup ke dalam gelas atau bekas minuman. Abu Qatadah meriwayatkan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang bernafas di dalam bekas.”(Muttafaq'alaih)

C. TIDAK MINUM BERDIRI.

Rasulullah s.a.w. selalu duduk ketika minum kecuali ketika Baginda meminum air zamzam. Jadi, minum air zamzam secara berdiri dan mengadap kiblat adalah sunnah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Jangan sekali-kali kamu minum sambil berdiri. Sesiapa yang lupa hendaklah dia memuntahkan.”

Sumber: SOLUSI 41

27 March 2012

Earth Hour


Sejak 2007 Earth Hour diperkenalkan mendapat sambutan dari segenap pelusuk dunia kini. Minggu yang dinanti-nanti tiba lagi. Earth Hour juga dikenali hari merehatkan bumi. Jom sama-sama Earth Hour Sabtu ni 31 Mac 2012 jam 8:30pm to 9:30pm jangan lupaa ye!

29 February 2012

Permainan Persepsi

Permainan persepsi...

Dari Dewan Bahasa Dan Pustaka
-(persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.

Dari wikipedia
- Persepsi adalah sebuah proses saat individu mengatur dan menginterpretasikan kesan-kesan sensoris mereka guna memberikan arti bagi lingkungan mereka.[1] Perilaku individu seringkali didasarkan pada persepsi mereka tentang kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri.

Sebenarnya pada pandangan saya permainan persepsi ini lebih menjurus kepada perkara-perkara yang disengajakan oleh individu tertentu supaya timbul prasangka atau tanggapan orang lain dalam sesuatu perbuatan, perkataan atau lain-lain sifat yang kebanyakannya adalah tanggapan negatif tanpa fakta yang tepat dan sahih.

Dan dunia akhir zaman ini lebih mencetus kepada permainan persepsi yang berleluasa yang mana menjurus lebih kepada fitnah.


Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya) ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa-apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta`wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta`wilnya (tafsir maksud yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (ALI-'IMRAAN : 7)


Oleh yang demikian jauhilah fitnah dan perkara-perkara yang ke arah permainan persepi

24 February 2012

09 January 2012