14 April 2011

[PANDUAN] ADAB : BERGURAU

Niat yang benar.
Dibolehkan bergurau dengan niat menghilangkan rasa penat, bosan, lesu serta bagi menyegarkan jiwa supaya memperoleh semangat baru bagi meneruskan tugasannya sebagai hamba dan khalifah.

Tidak berlebih-lebihan
Dalam bergurau kerana dalam Islam menuntut agar bersederhana dalam setiap perkara. Terlalu kerap bergurau boleh menjatuhkan kewibawaan seseorang.

Elakkan bergurau dengan orang yang tidak suka bergurau kerana mereka selalu menganggap serius setiap ucapan dan perbuatan walaupun kekadar gurauan

Tidak bergurau dalam perkara-perkara yang serius seperti talak, kawin, rujuk, semasa menjadi saksi dan sebagainya.

Tidak menakut-nakutkan seorang Muslim. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “ Tidak halal bagi seorang muslim membuat takut seorang Muslim yang lain.” (Riwayat Abu Daud)

Berkata benar walaupun sedang bergurau. Inilah sunah Rasulullah s.a.w. sebagaimana sabdanya yang bermaksud: “ Sesungguhnya aku juga bergurau –senda namun aku tidak mengatakan kecuali yang benar.” (Riwayat al-Tabarani)

Menjauhi bergurau dengan tangan dan kata-kata yang buruk.  Allah berfirman yang bermaksud: ”Hendaklah mereka mengucapkan perkataan yang lebih baik (benar). Sesungguhnya syaitan itu menimbulkan persilisihan di antara mereka.” (Surah al-Isra’ 17:53)

Tidak banyak tertawa. Rasulullah telah mengingatkan umatnya agar tidak banyak ketawa berdekah-dekah: ”Janganlah kalian banyak tertawa. Sesungguhnya banyak tertawa dapat mematikan hati.” (Riwayat Ibn Majah)

Bergurau dengan orang yang sesuai seperti kanak-kanak sebagaimana gurauan Rasulullah dengan Anas bin Malik dan Abu Umair.

Sumber : SOLUSI isu 30

1 comment:

  1. topik ni utk ingat-mengingati sesama kita...padahal semua kita tau....

    ReplyDelete