19 June 2021

Hot Wheels


























 

15 August 2014

Kita, Israel & Palestin 2014

Kita..
korang pernah tak test 2 rakaat solat korang power ke tak? dah sampai masanya weiii..
~mintaklah bantuan dr Allah melalui sabar dan solat..

Israel..
Israel tahu lelaki muslim akil baligh Malaysia solat subuh berjemaah tak 100% lagi.. tu sebab dia berani..
Palestin..
Pengajaran yang boleh dipelajari daripada keadaan semasa di Palestin.

  1. Perhatikan apa pengajaran yg Allah mahu mengajar kita. Bagaimana mereka mengorbankan hidup mereka, dan bagaimana pula kita mengorbankan hidup kita. Kedai-kedai & rumah-rumah mereka sedang dibom tetapi mereka tinggal untuk mempertahankan Masjidil Haram. Namun kita tidak boleh mengorbankan kedai kita untuk solat Zohor.
  2. Berapa banyak mereka dibom & dibunuh, ini tidak akan memadamkan cahaya iman. Solat, Tabligh, Terawih, I'tikaaf.. semua masih berjalan di sana. Apa yang boleh yahudi lakukan? Mereka hanya boleh membuat kita berasa kecewa dalam akhbar. Akhbar itu kebanyakannya adalah cerita karut.
  3. Umat Islam telah dijadikan satu badan sejak dahulu lagi. Untuk itu bapa saudara & keluarga Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam terpaksa dikorbankan.
  4. Berarak di jalan-jalan bukanlah penyelesaian. Penyelesaian itu adalah di dalam jalan yang lurus iaitu jalan Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam.
  5. Pergi lah & boikot lah semua produk, tetapi jika kita tidak datang kepada solat, amalan sunnah, keteguhan amalan agama, kerja-kerja tabligh & membersihkan hati, kita tidak akan mendapatkan pertolongan Allah & ekonomi mereka tidak akan lumpuh.
  6. Nabi Sallallahu Alayhi Wasallam juga berniaga dengan orang Yahudi. Baginda tahu mereka musuh tetapi masih berniaga dengan mereka. Mengapa? Berdagang atau tidak berdagang dengan mereka bukan syarat pertolongan Allah.
  7. Bantuan Allah akan datang apabila umat membawa amal. Tidak kira sama ada orang-orang Yahudi kaya atau miskin, mereka tidak akan dapat berbuat apa-apa.
  8. Kita terlalu banyak beremosi. Kita mahu melompat seperti monyet di jalan-jalan, memegang beberapa sepanduk, membawa wanita-wanita & mengiklankan kepada semua orang bukan Islam. Kita fikir pertolongan Allah akan datang. Pertolongan Allah tidak akan datang seperti itu.
  9. Bantuan Allah akan datang apabila umat akan bangun pada masa tahajjud, umat akan menitiskan air mata, meninggalkan keluarga dengan menggunakan harta, diri dan masa mereka untuk agama ini, maka pertolongan Allah akan datang.
  10. Tiada guna kita duduk dan melaungkan 'Palestin, Palestin,' & kita mahu memboikot satu coklat & syampu. Sedangkan rumah & kereta kita & perniagaan kita menggunakan sistem riba. bagaimana pula simpanan bank dan insuran yang kita buat? Kita sendiri berperang dengan Allah kerana berurusan dengan sistem riba. Nampaknya seseorang yang lain pula perlu berarak bagi menentang kita.
  11. Apa yang berlaku di Palestin adalah gambaran daripada keadaan ummah. Apabila amal ummah betul, akan ada keamanan di Palestin.
  12. Apabila kita lebih memilih tidur dari solat, fesyen semasa lebih dari sunnah, mendedahkan rambut lebih dari berhijab, cara hidup musyrik melebihi cara Sunnah & menggunakan wang kita di pawagam & kelab berbanding di jalan Allah, maka kita adalah membeli bom, peluru & fosforus putih untuk membunuh saudara-saudara kita di Palestin. Mereka yang mati syahid akan ke syurga, tetapi apa yang akan menjadi hasil kita di akhirat kelak? Bukan sahaja kita tidak membantu saudara kita, kita menyumbang kepada pembunuhan mereka. Apa jawapan kita akan beri di akhirat nanti?
  13. Cara berdemonstrasi yang mudah adalah bangun untuk tahajjud & menitiskan air mata. Juga membuang TV & muzik keluar dari rumah, termasuk nada dering muzik. Sebenarnya kita telah melakukan perkara yang sama yang menyebabkan kemusnahan ummah.
  14. Apakah PBB akan lakukan untuk orang Islam? Sebenarnya kita lupa Allah. Kalimah syahadah hanya pada lidah kita tetapi tumpuan hati beralih ke tempat lain. Apabila tumpuan hati hanya pada Allah maka presiden negara ini & negara itu tidak akan memberi kesan kepada kita.
  15. Kisah saudara kita di Palestin telah memberikan kita satu pengajaran. Mereka telah menulis sejarah Islam dengan darah mereka. Tetapi kita akan disoal apa yang kita telah korbankan untuk agama?


    p/s: Artikel  dipetik dari laman web azharjaafar313

23 January 2014

Senyum...


24 December 2013

Me as I am


11 October 2013

Doaku Di Hari Ulang Tahun Kelahiran (Repost)

Alhamdulillah segala puji dan syukur kehadrat Illahi dengan limpah rahmatNya telah 34 tahun saya menjadi khalifah dimuka bumi. Moga2 dengan limpah kurniaNya dapat saya menambah keimanan, ketaqwaan dan keredhaan hidup untuk terus beribadat kepada Yang Maha Esa.

Dan semakin hari menginjak usia saya menghadapi saat kematian yang telah ditetapkannya pada hari yang tidak sesiapapun ketahui.

Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. (Al A'raaf : 34)

Saya berdoa agar dipermudahkan saat Malaikat Maut datang menjemput dengan rahmat Allah jua..

Katakanlah (wahai Muhammad): "Sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan yang nyata, lalu Ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya)."



Ya Allah, dihari yang indah ini, kami menadah tangan beramai-ramai kehadhrat-Mu. Kami mohon belas kasihan-Mu, kami mohon kasih sayang-Mu, kami mohon keredhaan-Mu. Wahai Allah tuhan sekelian alam.

Ya Allah, pandanglah kami dengan pandangan rahmat-Mu janganlah Engkau berpaling daripada kami janganlah Engkau tinggalkan kami, kepada siapakah lagi, kami ingin meminta tolong selain-Mu wahai Allah?.

Wahai Allah, Engkau telah menciptakan matahari dan bulan, siang dan malam, gunung ganang dan lautan, haiwan ternakan dan tanam tanaman, Engkaulah Allah, yang mengatur segala urusan.

Ya Allah, ya tuhan kami, hanya Engkaulah satu-satunya tuhan kami, tempat kami mengadu dan tempat kami meminta. Daripada-Mu kami datang dan kepada-Mu, pasti kami semua akan dikembalikan.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kami, maafkanlah segala kesalahan dan kesilapan kami, terutama kedua ibubapa, yang telah melahir dan membesarkan kami, rahmatilah mereka sebagaimana mereka telah memelihara sewaktu kami kecil tidak berdaya.

Ya Allah, balaslah setiap titisan darah dan peluh mereka, melahir dan membesarkankan kami, dengan ganjaran berlipatganda, kami berwakil kepada Mu untuk membalas mereka, dengan sebaik-baik anugerah dan pahala, jadikanlah mereka berbangga melahirkan kami, wahai tuhan manusia yang Maha Esa.

Ya Allah, kami mohon jadikanlah anak-anak, zuriat keturunan serta pasangan kami, mereka sebagai penyenang bagi hati kami dan penyejuk bagi mata kami, dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertaqwa. Lembutkanlah hati mereka untuk tunduk patuh kepada-Mu, menjunjung tinggi syariat-Mu, memperjuangkan kalimah-Mu beramal dengan sunnah kekasih-Mu. Ya Allah jadikanlah mereka berlaku lembut dan kasih kepada kami sebagai ibubapa, mendoakan kami ketika kami telah tiada jadikanlah kami pula berbangga melahirkan mereka, wahai Allah, wahai Allah, tuhan yang maha bijaksana.

Ya Allah, di hari yang penuh dengan berkat ini, kami mohon rahmatkanlah hamba mu yang kami kasihi dan yang kami rai. Murahkan rezeki mereka, gembirakan hati mereka, sihatkan tubuh badan mereka, berkatkan ahli keluarga mereka, muliakan zuriat keturunan mereka, teguhkan ikatan perkahwinan mereka, dalam redha dan rahmat-Mu sentiasa, dari dunia hingga ke syurga, kekal selama-lamanya.

Ya Allah, peliharalah hamba-Mu INI dan pasangan, dalam kesejahteraan dan keselamatan, panjangkan usia mereka dalam keberkatan dan kesyukuran, akhirkan kehidupan mereka dalam kemantapan iman, himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan.

Himpunkan mereka di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Himpunkan mereka dan kami kesemua di akhirat nanti beserta keluarga dan sahabat nabi junjungan. Wahai Allah yang memperkenan segala permintaan.


p/s: Doa dipetik dari laman web Darussyifa'

30 September 2013

Pic of 27Sept2013


06 June 2013

Ambillah Sedikit Waktu


Dalam hidup kita seharian..ambillah sedikit waktu...


  • Ambillah waktu untuk BERFIKIR, itu adalah sumber KEKUATAN.
  • Ambillah waktu untuk BERDOA, itu adalah sumber KETENANGAN.
  • Ambillah waktu untuk BELAJAR, itu adalah sumber KEBIJAKSANAAN.
  • Ambillah waktu untuk MENCINTAI DAN DICINTAI, itu adalah HAK ISTIMEWA YANG DIBERIKAN TUHAN.
  • Ambillah waktu untuk BERSAHABAT, itu adalah JALAN MENUJU KEBAHGIAAN.
  • Ambillah waktu untuk TERTAWA, itu adalah MUZIK YANG MENGGETARKAN HATI.
  • Ambillah waktu untuk MEMBERI, itu adalah MEMBUAT HIDUP TERASA BERERTI.
  • Ambillah waktu untuk BEKERJA, itu adalah NILAI KEBERHASILAN.
  • Ambillah waktu untuk BERAMAL, itu adalah KUNCI MENUJU KEBAHAGIAAN HAKIKI.

23 April 2013

HUKUM BERTEPUK TANGAN


HUKUM BERTEPUK TANGAN: HURAIAN BERASASKAN NAS SYARA DAN REALITI UMAT ISLAM SEKARANG

Raihanah Hj Azahari

Amalan bertepuk tangan merupakan suatu kebiasaan yang sering berlaku dalam budaya masyarakat Malaysia, samada dalam majlis-majlis rasmi atau tidak rasmi, dalam suasana riang atau bersemangat. Bahkan kadang-kadang ia lahir secara spontan hasil ketaziman yang dilakukan dan samada dilakukan tanpa scbarang tujuan atau dengan tujuan-tujuan tertentu seperti memberikan penghormatan. untuk menunjukkan kegembiraan atau scbagai rangsangan atas bcbcrapa perkara yang dilakukan.

Namun kebiasaan ini akhirnya menjadi semakin ditinggalkan terutamanya dalam majlis-majlis tertentu, dan keadaan ini menjadi semakin ketara terutama di akhir tahun 70-an hingga 80-an, ketika arus kebangkitan Islam melanda bumi Malaysia. Fenomena ini merebak dengan cepatnya dalam majlis-majlis terutama dalam perjumpaan-perjumpaan yang berbau keislamanan, seolah-olah satu kesedaran atau kepercayaan baru muncul, bahawa budaya ini sebenarnya tidak sesuai dengan roh keislaman yang ada dalam majlis-majlis tertentu. Orang-orang yang mempelopori kebangkitan Islam di Malaysia umpamanya mula menggantikan budaya ini dengan laungan Allahuakbar dan akhirnya laungan Allahuakbar mula mengambil tempat budaya tepuk tangan. Namun begitu laungan Allahuakbar ini juga dianggap sepi dan mula ditinggalkan oleh kebanyakan orang tidak kira samada mereka pendukung gerakan Islam atau tidak. Dan kesudahannya suatu suasana baru yang wujud ialah kejumudan, kesepian dan kekakuan dalam suasana atau majlis-majlis tersebut, tidak ada lagi tepuk tangan dan tidak ada lagi laungan Allahuakbar. Apa yang jelas, umum rata-ratanya tidak mengetahui bagaimana sebenarnya fenomena ini terjadi, kenapakah budaya ini tiba-tiba sahaja ditinggalkan. Apakah asas yang dijadikan sandaran untuk tidak meneruskan budaya ini? Benarkah ia suatu amalan yang bertentangan dengan Islam?

Artikel ini cuba menyentuh beberapa aspek hukum dalarn budaya tepuk tangan untuk melihat sejauhmana ia boleh diang,gap bertentangan dengan Istam atau tidak, atau setaltat manakah budaya ini boleh diamalkan, juga pengamatan se,cara ringkas melalui kaji selidik yang dibuat untuk mclihat tanggapan masyarakat terhadap budaya ini dan sejauhmanakah ia diamalkan dalam masyarakat di Malaysia.

PANDANGAN FUQAHA

Merujuk kepada kitab-kitab fiqh terdahulu atau semasa tidak ramai dari kalangan fuqaha yang membicarakan soal ini secara terperinci. Suatu yang pasti ke semua fuqaha dari mazhab Hanafi, Maliki dan Hanbali tidak langsung menyentuh perkara ini dalam kitab-kitab mereka.

Meskipun ada fuqaha dari kalangan Syafi'iyah yang mcmbicarakan soal ini dalam kitab-kitab mereka namun ia hanya dibicarakan secara ringkas dalam suatu ruangan yang agak sempit di bawah tajuk hukum bertepuk tangan dan bertasbih dalam sernbahyang apabila berlaku kekhilafan di pihak imam.

Kebanyakan tulisan selain dari tulisan fuqaha berkenaan hanya menyentuh persoalan bertepuk tangan di dalam sembahyang. Begitu juga kitab-kitab tafsir dan hadis tidak juga Membicarakan soal ini malah kitab-kitab tentang adab juga tidak menyentuhnya dalam perbincangan mereka.

Secara umumnya berdasarkan pandangan bcberapa kalangan fuqaha Syaft'i berkenaan persoalan bertepuk tangan di luar dari perlakuan sembahyang boleh disenaraikan di bawah dua keadaan:

1. Bertepuk tangan tanpa apa-apa keperluan.

2. Bertepuk tangan ketika ada keperluan.

  1. Bertepuk Tangan Tanpa Apa-apa Keperluan
    Terdapat tiga kecenderungan dalam memberikan hukum bertepuk tangan ketika keadaan tidak memerlukan.
    Al-Ramli menyatakan haram bertepuk tangan dengan tujuan untuk mempermain-mainkan dan pandangan yang muktamad mengikut al-Ramli ialah makruh bertepuk tangan meskijmn tanpa tujuan untuk mempermain-mainkan atau tanpa apa-apa keperluan. Imam Ibn Hajar pula dalam kitabnya Syarh Al Irsyadi menyatakan makruh hukumnya bertepuk tangan walaupun dengan tujuan untuk mempermain-mainkan. Dalam satu pandangan lain menyatakan bertepuk tangan dengan tujuan untuk menyamai sifat wanita (kerana tepuk tangan adalah khusus bagi kaum wanita di dalam sembahyang ketika menegur kekhilafan imam) adalah haram, dan makruh jika tidak dengan tujuan tersebut. Sebagai kesimpulannya dapatlah dinyatakan bahawa dalam hal-hal yang tidak memerlukan seperti main-main atau sebagainya amalan bertepuk tangan ini hukumnya makruh.

  1. Bertepuk Tangan Ketika Ada Keperluan Semua fuqaha bersependapat bahawa dalam keadaan-keadaan yang memerlukan (hajat) seperti untuk memberikan penghorrnatan, perangsang dan sebagainya ia tidak menjadi suatu yang dilarang atau haram bahkan dituntut untuk melakukannya.

Analisis

Dari pandangan yang dikemukakan di atas meskipun dalam keadaan dan suasana yang tidak diperlukan, bertepuk tangan hukumnya makruh. Dalam kaedah usul, makruh bererti, melakukannya tidak dianggap berdosa, hanya mengurangkan ganjaran Allah s.w.t. dan rneninggalkannya akan diberikan ganjaran. Dan suatu yang perlu diingat bahawa perletakan hukum makruh hanya dalam keadaan yang tidak menuntut budaya itu dilakukan. (Keadaan-keadaan yang tidak diperlukan bolehlah dikategorikan scbagai untuk mcmpennain-mainkan atau menghina atau mengejek dan mempersenda). Namun dalam keadaan dan suasana yang diperlukan ia boleh diamalkan malah digalakkan.

Suatu perkara yang perlu juga diberikan perhatian ialah persoalan keperluan atau hajat. Dalam keadaan bagaimanakah ia dianggap berhajat kepada tepuk tangan? Melihat kepada aspek hajat ini ia tidak hanya merujuk kepada perbuatan tepuk tangan untuk memberi penghormatan atau perangsang, tetapi hajat di sini juga melihat kepada struktur majlis atau suasana majlis. Seandainya majlis-majlis yang tidak baik (yang mcmpunyai unsur-unsur negatif dan menyalahi adab persoalan kehadirannya sudah dipertikaikan apatah lagi menjadi penyumbang kegembiraan kepada suasana yang tidak sihat tersebut. Jadi, dalarn hal ini keperluan untuk bertepuk tangan harus juga mengambil kira suasana atau struktur majlis yang dihadiri, samada ia diharuskan atau sebaliknya.

KESIMPULAN

Bertepuk tangan bukanlah suatu kesalahan di sisi Islam malah ia merupakan suatu keperluan yang amat digalakkan untuk menimbulkan suasana yang inembcrangsangkan dalam sesuatu majlis, tidak kira samada majlis itu rasmi atau tidak, majlis yang berunsurkan keagamaan atau tidak, asalkan ia bukanlah majlis yang ditegah untuk /nenghadirinya. Anggapan bahawa amalan tepuk tangan menyalahi adab dan syariat Islam adalah salah dan tidak sabit dalam mana-mana nas, malah tidak ada nas yang menyatakan amalan ini adalah perbuatan syaitan.

LAPORAN PENYELIDIKAN

Bahagian terakhir artikel ini akan mcmbawa dapatan kajian penulis tentang amalan tepuk tangan dalam masyarakat untuk mclihat sejauhmana tanggapan masyarakat berhubung amalan ini. Sejumlah 250 borang soal selidik telah dicdarkan dan hanya 200 borang yang dikembalikan iaitu 80%. Rorang-borang yang telah diedarkan ialah 50 di Kedah, 50 di Kelantan dan 150 di Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sehubungan itu sebarang angka dalam kajian ini adalah merujuk kepada jumlah dan peratusan ini. Para responden pula mewakili semua lapisan Inasyarakat samada pelajar atau mereka yang sudah bekerja.

Amalan Tepuk Tangan Dalam Masyarakat Islam Di Malaysia

Data yang diperolehi menunjukkan sebanyak 86.5% iaitu 173 orang dari responden tidak mcngamalkan tcpuk tangan dalam majlis-majlis yang dihadiri kerana menganggap amalan ini menyalahi adab Islam atau ia suatu perbuatan yang tidak Islamik. Matah 10% iaitu 20 orang dari mcreka menganggap ia sebagai amalan syaitan, dan selebihnya iaitu 3.5% menyatakan ia tidak sesuai dengan suasana. Peratusan dan jumlah ini dibuat dengan mengambil kira suasana majlis yang dihadiri oleh para responden iaitu majlis-majlis bercorak keagamaan seperti ceramah agama, Majlis Kesenian dan Kcbudayaan Islam juga Majlis Tilawah al-Quran.

Manakala dalam majlis yang bukan berbentuk keagamaan seperti upacara perasmian, sukan, ceramah-ceramah umum, bengkel dan lain-lain sebanyak 65% iaitu 130 orang tidak mengamalkan amalan ini kerana anggapan bahawa perbuatan ini tidak Islamik, 22.59 atau 45 orang dari responden bertepuk tangan kerana menganggap ia sesuai dengan suasana majlis yang dihadiri dan selebihnya iaitu 12.5% atau 25 orang bertepuk tangan kerana ikut-ikutan (kerana orang 1ain semuanya bertepuk tangan).

Menepati hipotesis awal yang dibuat penulis, kajian menunjuldcan kebanyakan responden tidak mengetahui hukum bertepuk tangan yang sebenar, secara turun temurun pengetahuan yang diperolehi diwarisi, sehinggalah ia menjadi anggapan umum bahawa amalan ini tidak bolch dilakukan. Sebahagian besar dari mereka rata-rata menganggap amalan ini bertentangan dengan Islam dan tidak wajar diamalkan dan mcsti digantikan dengan laungan AllaltuAkbar yang menurut mereka lebih Islamik.

Meskipun terdapat di kalangan mereka yang bertepuk tangan tetapi bukan atas pengetahuan bahawa amalan itu boleh dilakukan. hanya kerana melihat kepada suasana majlis yang dihadiri, dan ini jelas menunjukkan mereka melakukan amalan tersebut kerana ikut-ikutan.

Dari jawapan-jawapan yang diberikan juga, jelas menunjukkan bahawa anggapan mereka dibuat tanpa merujuk kepada nas-nas yang sahih dan dalam masa yang sama tidak ada suatu kenyataan bertulis dari para alim ulama masakini yang menolak tanggapan umum mengenai amalan ini. Suatu hakikat yang tidak dinafikan ialah kejahilan dalam beberapa aspek hukum Islam menjadikan anggapan ini seolah-olah suatu yang benar.

Masyarakat sewajarnya mempunyai pengetahuan yang jelas dan tepat mengenai perkara ini dan beberapa aspek hukum yang lain, yang kadang-kadang difahami secara tradisi tanpa bukti atau nas yang nyata.

Melihat persepsi ini dapatlah disimpulkan bahawa meskipun masyarakat berupaya memperolehi maklumat tentang scsuatu hukum dengan mudah dan berkesan tetapi maklumat tersebut semestinya diteliti dan dikaji terlehih dahuht kesahihannya supaya mercka tidak terpesong dalam mengamalkannya.

22 April 2013

SURAH AL-AHQAF

قُل أَرَءَيتُم إِن كانَ مِن عِندِ اللَّهِ وَكَفَرتُم بِهِ وَشَهِدَ شاهِدٌ مِن بَنى إِسرٰءيلَ عَلىٰ مِثلِهِ فَـٔامَنَ وَاستَكبَرتُم ۖ إِنَّ اللَّهَ لا يَهدِى القَومَ الظّٰلِمينَ ﴿١٠﴾(10)
Katakanlah lagi: "Bagaimana fikiran kamu jika Al-Quran ini (yang datangnya) dari Allah dan kamu mengingkarinya, pada hal ada seorang saksi dari Bani Israil memberi keterangan mengakui (sahnya Kitab) yang sama seperti Al-Quran ini, lalu ia percayakan (Al-Quran ini dari Allah), sedang kamu dengan sombong angkuh mengingkarinya? (Tidakkah dengan yang demikian kamu bersifat zalim)? Sesungguhnya Allah tidak memberi hidayah petunjuk kepada orang-orang yang zalim (yang degil dalam kekufurannya)".

(Surah Al-Ahqaf: 10)

 

28 February 2013

EARTH HOUR 2013





p/s: I SUPPORT

18 October 2012

RUQYAH SYARIAH

Definasi Ruqyah secara terminologi adalah al-‘udzah (sebuah perlindungan) yang digunakan untuk melindungi orang yang terkena penyakit, seperti panas karena disengat binatang, kesurupan, dan yang lainnya. (Lihat An-Nihayah fi Gharibil Hadits karya Ibnul Atsir rahimahullahu 3/254)

Secara terminologi, ruqyah terkadang disebut pula dengan ‘azimah. Al-Fairuz Abadi berkata: “Yang dimaksud ‘azimah-‘azimah adalah ruqyah-ruqyah. Sedangkan ruqyah yaitu ayat-ayat Al-Qur`an yang dibacakan terhadap orang-orang yang terkena berbagai penyakit dengan mengharap kesembuhan.” (Lihat Al-Qamus Al-Muhith pada materi).

Adapun makna ruqyah secara etimologi syariat adalah doa dan bacaan-bacaan yang mengandung permintaan tolong dan perlindungan kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala untuk mencegah atau mengangkat bala/penyakit. Terkadang doa atau bacaan itu disertai dengan sebuah tiupan dari mulut ke kedua telapak tangan atau anggota tubuh orang yang meruqyah atau yang diruqyah. (Lihat transkrip ceramah Asy-Syaikh Shalih bin ‘Abdul ‘Aziz Alus-Syaikh yang berjudul Ar-Ruqa wa Ahkamuha oleh Salim Al-Jaza`iri, hal. 4)

Tentunya ruqyah yang paling utama adalah doa dan bacaan yang bersumber dari Al-Qur`an dan As-Sunnah. (Ibid, hal. 5)

(Sumber asysyariah)

Caranya:

Dengarkan MP3 RUQYAH SYARIAH hingga tamat menggunakan HEADPHONE dengan volume yang kuat.

Pejamkan mata dan jangan ikut bacaan ayat-ayat ini baik dimulut atau dihati.

Perhatikan setelah selesai :

* denyutan jantung makin kencang
* badan bertek kencang
* ada benda bergerak-gerak bawah kulit
* mengantuk/menguap
* batuk
* gelisah
* panas di tengkuk

Jika ada mengalami kejadian di atas, kemungkinan besar ada jin yg menghuni tubuh anda. MP3 RUQYAH SYARIAH amat bagus diperdengarkan 3 kali sehari bagi mereka yg mengalami gangguan jin, kerana fadhilat ayat-ayat tersebut amat mustajab bagi mengusir jin-jin jahat/sihir serta memagar diri kita.

Selain itu orang yang sakit juga boleh membaca berulang-kali didalam hati tanpa mengira masa dan tempat untuk mengamalkan zikir ‘THO HA’ (Surah Taha, ayat 1)

Kesannya selepas membaca zikir itu adalah kita akan sendawa.Itu menunjukkan jin-jin didalam badan pesakit akan merasa sakit dan kepanasan..Dengan mendengar MP3 ruqyah ini, insya Allah ianya mampu untuk menyembohkan penyaki-penyakit seperti berikut:

* Jiwa gelisah/khayalan
* Penghapus Sihir
* Memagar Rumah (Pengusir Jin dan Syaitan)
* Ketenangan Rumah Tangga
* Anak-anak menangis ditengah malam
* Penambat kasih sayang antara anak/ibubapa
* Pendarahan berpanjangan bagi wanita (istihadah)
* Menguatkan ingatan dan hafalan dalam pembelajaran.

Cara Menggunakan MP3 Ruqyah:

* Bagi kesihatan diri dan keluarga, mainkan mp3 ini didalam rumah atau tempat kerja 3 kali sehari atau mainkan dari malam sampai pagi (auto repeat).
* Bagi penderita sakit gangguan jin, dilarang memainkan di dalam kereta.
Bagi anak-anak yang menangis diwaktu malam, anda perlu memainkan dengan kuat, insyaAllah jin/syaitan akan lari dari mengganggu anak-anak anda.
* Untuk histeria, sihir, dan lambat jodoh, sediakan 3 botol besar air mineral,buka penutupnya dan mainkan mp3 ruqyah ini 3 kali sebelah air tadi (kira-kira 1jam 20minit). Air tadi dibuat minum seteguk untuk 3 kali sehari dan lakukan pada hari-hari berikutnya sehingga air tadi habis diminum.Setiap kali selepas solat perlu dibaca Ayatul Qursy 3 kali dan Al Insyirah 3 kali secara istiqomah. Kemudian malam besoknya, mp3 ruqyah ini hendaklah dimainkan dari malam sampai kepagi selama sebulan.
* Bagi memulihkan rumah/tempat kerja yang bermasalah,cuma mainkan 3 kali sehari untuk 3 hari berturut-turut.
* Jika kita sering mengalami masalah malas dan badan terasa berat, perdengarkan mp3 ruqyah ini 3 kali sehari, insyaAllah kita akan rajin dan kembali bersemangat.

*UNTUK MENDAPATKAN KESEMBUHAN YANG MAKSIMUM,SILA PEJAMKAN MATA ANDA APABILA MENDENGAR MP3 RUQYAH INI DAN DENGARKANLAH SEHINGGA TAMAT TANPA MENGIKUTI BACAANNYA DIMULUT MAHU PUN DIHATI*

No Dan Nama Turutan Surah:

1 Al-Fatihah 1 Seluruhnya

2 Al-Baqarah 1 1-5

3 Al-Baqarah 1 102

4 Al-Baqarah 2 163-164

5 Al-Baqarah (Ayatul Kursi) 3 255

6 Al-Baqarah 3 285-286

7 Ali-Imran 3 18-19

8 Al-’Araf 8 54-56

9 Al-’Araf 9 117-122

10 Yunus 11 81-82

11 Toha 16 69

12 Al-Mukminun 18 115-118

13 As-Soffaat 23 1-10

14 Al-Ahqaaf 26 29-32

15 Ar-Rahman 27 33-36

16 Al-Hasyr 28 21-24

17 Al-Jin 29 1-9

18 Al-Ikhlas 30 Seluruhnya

19 Al-Falaq 30 Seluruhnya

20 An-Naas 30 Seluruhnya

Hanya ALLAH yang berkuasa untuk menyembuhkan segala penyakit kita dan manusia hanya boleh berusaha dan berdoa untuk memohon kesembuhan kepada-NYA. Semoga ALLAH memberi kesembuhan pada kita semua. AMIN



kredit to :- http://terapiruqyahsyariah.blogspot.com/ 

12 September 2012

WW #1 (Wordless Wednesday)

Nasi .................?

p/s: posting bagi tujuan mengemaskini blog...

04 July 2012

3 Golongan Hampir Ke Syurga Namun Dilempar Ke Neraka

Terdapat 3 golongan yang hampir-hampir melangkah masuk ke dalam syurga, namun akhirnya dia dilemparkan ke dalam api neraka…......

1. Seorang mujahid, yang berjuang dan akhirnya dia mati syahid.
Dia hampir melangkah masuk ke dalam syurga, tapi sebelum dia melangkah, ALLAH bertanya kepadanya,“Wahai Mujahid, kenapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Berkatalah oleh dia kepada ALLAH, “Aku masuk ke dalam syurga kerana aku mati syahid, kerana berjuang ke jalanMu ya ALLAH. “

Kemudian ALLAH menjawab, “Kau cuma berdusta, kau sebenarnya bukan berjuang untuk aku, tetapi kau berjuang dan syahid hanya untuk dikenang sebagai wira dan mahu diangkat sebagai hero didalam masyarakat selepas kematianmu..” Maka dengan itu, si mujahid ini, dilemparkan ke dalam api neraka.

2. Seorang yang mengajar ilmu kepada orang.Hampir sahaja melangkah masuk ke dalam Syurga apabila ALLAH bertanya kepadanya, “Wahai kamu, tahukah kamu mengapa kamu masuk ke dalam syurga?”

Lalu si guru pun menjawab, “aku masuk kedalam syurga kerana semasa hidupku, aku mengajar ilmu kepada orang, ilmu yang bermanfaat, ilmu yang supaya orang semakin mendekatiMu Ya ALLAH.”

Lalu ALLAH berkata, “Kau tipu, sebenarnya kau mengajarkan ilmu ketika hidupmu bukan untuk itu, kau hanya mahu mengajar kerana hendak wang,glamor dan dihormati sebagai guru, seorang ustaz, seorang guru, alim ulama’ yang mengajarkan ilmu Aku kepada mereka. Maka atas sebab itu juga, kau akan aku masukkan ke dalam neraka ku.” DI

3. Si kaya raya yang suka bersedekah.Sudah hampir menjejakkan kaki kedalam syurga tapi sebelum itu bertanya ALLAH kepadanya,“Wahai hambaku, tahukah kamu mengapa kamu mendapat balasan syurgaKu?”

Maka dijawab olehnya, “Wahai Tuhanku, aku dahulu semasa hidupku telah kau kurniakan aku dengan kekayaan, dan dengan harta kurniannyaMu itu, aku gunakan untuk jalanMu, aku sedekahkan kepada anak yatim, aku berikan kepada orang miskin, pendek kata, hartaku banyak kugunakan demi untuk kepentingan memartabatkan agamu Ya ALLAH. “

Sekali lagi ALLAH menjawab,“Kau tipu dalam beribadat, yang kau lakukan itu hanya demi mendapat kan title “Dermawan” ketika kau hidup satu ketika dahulu, perbuatanmu itu bukan untuk mendapat redhaku.” Dan si kaya raya juga turut dilemparkan ke dalam api neraka yang maha siksa dan pedih azab
siksanya.

Dari ketiga-tiga contoh yang diceritakan di atas itu, mempunyai satu kaitan sahaja sebenarnya, iaitu KEIKHLASAN dalam kita beribadat. Jika berniat hanya kerana ALLAH, maka amalan kita takkan terpesong, tapi sekiranya hanya kerana inginkan pengiktirafan dari hamba, maka yang kita dapat hanyalah pengiktirafan dari mereka, tapi bukan dari ALLAH.

06 April 2012

[PANDUAN] ADAB : Makan & Minum.

DISIPLIN MAKAN


A. SEDERHANA DAN TIDAK GELOJOH

Baginda mengajar kita agar:
-mengambil beberapa suapan kecil dan tidak gelojoh memasukkan makanan ke dalam mulut.
-makanan dikunyah dengan baik sebelum ditelan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tidak ada bekas yang lebih buruk dipenuhi oleh manusia selain dari perut. Cukuplah bagi manusia beberapa suapan kecil yang mempu menegakkan tulag belakangnya. Apabila menjadi suatu keharusan, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.” (Riwayat Ibn Hibban, Ibn Majah dan al-Hakim)

B. MENGUTIP SISA MAKANAN

Setiap makanan yang dimakan adalah rezeki kurniaan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar umatnya makan dengan cermat dan mengutip sisa makanan yang terjatuh di luar pinggan (sekiranya masih elok dan boleh dibersihkan) menerusi sabdanya yang bermaksud, ; “Apabila salah seorang daripada kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya, dan janganlah dia membiarkannya untuk (makanan) syaitan.” (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no.1404)



DISIPLIN MINUM.


A. MINUM DENGAN TIGA KALI NAFAS

Rasulullah s.a.w. minum dengan tiga kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan dilarang bernafas di dalam gelas. Selain itu Baginda s.a.w. Meneguk dengan lembut, secara perlahan-lahan dan tidak tergopoh-gopoh.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. apabila minum, Baginda bernafas tiga kali dan Baginda bersabda yang bermaksud “Itu lebih enak, lebih nikmat dan lebih sihat.” (Riwayat Abu Daud)

Hikmah sebalik minum dengan tiga kali nafas ialah ia lebih cepat menghilangkan dahaga dan menyihatkan perut. Baginda berpesan agar tidak minum dengan tergesa-gesa (minum dengan satu nafas) kerana ia boleh menyebabkan sakit dada.

B. TIDAK MENGHEMBUSKAN NAFAS KE DALAM GELAS/CAWAN.

Anak-anak juga harus didik agar tidak menghembuskan nafas di dalam gelas ketika minum. Ini kerana Baginda telah melarang bernafas dan meniup ke dalam gelas atau bekas minuman. Abu Qatadah meriwayatkan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang bernafas di dalam bekas.”(Muttafaq'alaih)

C. TIDAK MINUM BERDIRI.

Rasulullah s.a.w. selalu duduk ketika minum kecuali ketika Baginda meminum air zamzam. Jadi, minum air zamzam secara berdiri dan mengadap kiblat adalah sunnah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Jangan sekali-kali kamu minum sambil berdiri. Sesiapa yang lupa hendaklah dia memuntahkan.”

Sumber: SOLUSI 41

27 March 2012

Earth Hour


Sejak 2007 Earth Hour diperkenalkan mendapat sambutan dari segenap pelusuk dunia kini. Minggu yang dinanti-nanti tiba lagi. Earth Hour juga dikenali hari merehatkan bumi. Jom sama-sama Earth Hour Sabtu ni 31 Mac 2012 jam 8:30pm to 9:30pm jangan lupaa ye!

29 February 2012

Permainan Persepsi

Permainan persepsi...

Dari Dewan Bahasa Dan Pustaka
-(persépsi) gambaran atau bayangan dlm hati atau fikiran (tentang sesuatu), pan­dangan (menerusi pancaindera), tanggapan: kekuatan imaginasi, kepekaan dan ~nya terhadap alam dan kehidupan memberikan gaya dan pengucapan yg khusus pd karya-karyanya; mempersepsi membuat gambaran (bayang­an) dlm hati atau fikiran tentang sesuatu: objek-objek yg dipersepsi secara visual diterima tanpa soal.

Dari wikipedia
- Persepsi adalah sebuah proses saat individu mengatur dan menginterpretasikan kesan-kesan sensoris mereka guna memberikan arti bagi lingkungan mereka.[1] Perilaku individu seringkali didasarkan pada persepsi mereka tentang kenyataan, bukan pada kenyataan itu sendiri.

Sebenarnya pada pandangan saya permainan persepsi ini lebih menjurus kepada perkara-perkara yang disengajakan oleh individu tertentu supaya timbul prasangka atau tanggapan orang lain dalam sesuatu perbuatan, perkataan atau lain-lain sifat yang kebanyakannya adalah tanggapan negatif tanpa fakta yang tepat dan sahih.

Dan dunia akhir zaman ini lebih mencetus kepada permainan persepsi yang berleluasa yang mana menjurus lebih kepada fitnah.


Dialah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata ma'nanya serta jelas maksudnya) ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbullah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa-apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Ta`wilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Ta`wilnya (tafsir maksud yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu agama, berkata: "Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami". Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran. (ALI-'IMRAAN : 7)


Oleh yang demikian jauhilah fitnah dan perkara-perkara yang ke arah permainan persepi

24 February 2012

09 January 2012

04 January 2012

Sifat Bertenang Selalu

Dalam menjalani kehidupan harian tentulah kita tak boleh lari dari berdepan dengan kerenah manusia. Bergantung pada situasi, keadaan dan mood tentulah sedikit sebanyak menggugat kesabaran dan menimbulkan rasa stress. Bertenang berkait rapat dengan sifat sabar dan jiwa. Kadang-kadang ujian yang datang itu pelbagai dan menimbulkan rasa benci dan amarah. Kadang-kadang kita mengambil sikap menjauhkan diri dan kadang-kadang juga sifat itu berpaling dengan cara berdepan. Bergantung pada situasi dan keadaan. Kewarasan akal fikiran dan jiwa yang luhur dapat mengimbangi keadaan. Pun begitu dalam arus dunia sekarang yang nak cepat, pantas dan tanpa berlengah menyebabkan manusia tidak dapat bertenang atau hidup dalam ketenangan yang sebenar.

Menghadapi kepelbagaian sifat manusia dalam bermasyarakat seringkali menguji kesabaran kita dan dalam pada itu ada kalanya perkara-perkara yang dibuat oleh orang lain tidak selari dengan pendapat kita apatah lagi dengan batas-batas agama dan lumrah manusia.


Allah berkata lagi, “Berilah kemaafan, dan suruhlah dengan perkara yang baik, serta berpalinglah (jangan dihiraukan) orang-orang yang jahil (yang degil dengan kejahilannya).” -Surah al-A'raf ayat 199-


Allah berkata lagi, “Dan tidaklah sama(kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik,; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib. Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar daripada kebahagiaan dunia dan akhirat.” - Surah Fussilat ayat 34-35-

Dari Abdullah bin Abas, katanya “Rasulullah pernah berkataa kepada Asyaj Abdul Qais,'Pada saudara ada dua sifat yang disukai oleh Allah, iaitu sabar dan bertenang.” ~Riwayat Muslim~

Dari Aisyah r.a., Nabi Muhammad pernah berkata, “Allah memang lemah lembut dan tenang, suka kepa sifat bertenang. Dia memberi kelebihan kepada sifat bertenang, iaitu sesuatu yang tidak diberinya kepada sifat keras dan menyusahkan. Malahan dia memberi kelebihan yang tidak diberikannya kepada sifat-sifat lain.” ~Riwayat Muslim~