24 August 2010

[PANDUAN] Pesanan buat suami - Jika isteri menangis...

Pesanan buat suami - Jika isteri menangis...
Saya rasa ramai yang dah baca artikel ini kat mana-mana. Tapi saya tetap nak berkongsi kerana ianya bagus untuk renungan para suami khususnya.Setidak-tidaknya ia menjadi peringatan dan muhasabah buat diri ku.
Wahai para suami, bacalah dengan hati yang terbuka dan berlapang dada…

Jika isteri menangis dihadapanmu, “Hargailah ia sebelum terlewat.”


Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi.

Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu…

Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi,
dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya .

Wahai suami2…
jika seorang isteri pernah menangis karenamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu, disaat kau terperuk terlalu dalam.

Wahai suami2…
jika seorang isteri menangis keranamu, tolong jangan menyia-nyiakannya… Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu…
Lihatlah jauh kedalam matanya.
Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKITnya yang disebabkan perbuatanmu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini?
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN…
SENYUMANnya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya…
PELUKAN dan CIUMANnya bisa memberi KEHANGATAN
bagi kamu dan anak2mu…
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa…
Dia TERHARU dan MENANGIS
bila melihat KESENGSARAAN pada org2 yg dikasihinya…
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHANnya…
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN…
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI kerana 1 perkara.
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”.


Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yang solehah dan sebarkan ini kepada seluruh SUAMI2 yang kamu kenal agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu BERHARGA. dan sesungguhnya isteri mu sangat BERHARGA. 
Jangan sia-sia kan dia.
Hiburkan hatinya.
Bahagiakan dia.
InsyaAllah, rumahtangga mu akan bahagia dan ceria

Sumber: -  http://www.pakarhowto.com

23 August 2010

[INFO] 3 Soalan Buat Renungan

3 SOALAN
========

Ada seorang pemuda yang lama sekolah di negeri Sam kembali ke tanah air. Sesampainya di rumah ia meminta kepada orang tuanya untuk mencari seorang Guru agama, siapapun yang boleh menjawab 3  pertanyaannya. Akhirnya Orang tua pemuda itu mendapatkan orang tersebut.

"Anda siapa? Dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanya an saya?" Pemuda bertanya. "Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan saudara." Jawab Guru Agama. "Anda yakin? sedang Profesor dan banyak orang pintar saja tidak mampu menjawab pertanyaan saya." Jawab Guru
Agama "Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya" Pemuda : "Saya punya 3 pertanyaan

1. Kalau memang Tuhan itu ada, tunjukan kewujudan Tuhan kepada saya

2. Apakah yang dinamakan takdir

3. Kalau syaitan diciptakan dari api kenapa dimasukan ke neraka yang dibuat dari api, tentu tidak menyakitkan buat syaitan, sebab mereka memiliki unsur yang sama.

Apakah Tuhan tidak pernah berfikir sejauh itu?" Tiba-tiba Guru Agama tersebut menampar pipi si Pemuda dengan keras. Sambil menahan kesakitan pemuda berkata "Kenapa anda marah kepada saya?" Jawab Guru Agama "Saya tidak marah- Tamparan itu adalah jawapan saya atas 3 pertanyaan yang anda ajukan kepada saya". "Saya sungguh-sungguh tidak faham", kata pemuda itu.

Guru Agama bertanya "Bagaimana rasanya tamparan saya?". "Tentu saja saya merasakan sakit", jawab beliau. Guru Agama bertanya " Jadi anda percaya bahawa sakit itu ada?". Pemuda itu mengangguk tanda percaya. Guru Agama bertanya lagi, "Tunjukan pada saya wujud sakit itu!" " Tak boleh", jawap pemuda. "Itulah jawapan pertanyaan pertama: kita semua merasakan kewujudan Tuhan tanpa mampu melihat wujudnya." Terang Guru Agama. 

Guru Agama bertanya lagi, "Apakah tadi malam anda bermimpi akan ditampar oleh saya?". "Tidak" jawab pemuda. "Apakah pernah terfikir oleh anda akan menerima sebuah tamparan dari saya hari ini?" "Tidak" jawab pemuda. "Itulah yang dinamakan Takdir" Terang Guru Agama. Guru Agama bertanya lagi, "Diperbuat dari apa tangan yang saya gunakan untuk menampar anda?". "kulit". Jawab pemuda. "Pipi anda diperbuat dari apa?" " Kulit " Jawab pemuda. "Bagaimana rasanya tamparan saya?". "Sakit." Jawab pemuda. "Walaupun Syaitan terbuat dari api dan Neraka terbuat dari api, jika Tuhan berkehendak maka Neraka akan menjadi tempat menyakitkan untuk syaitan." Terang Guru Agama.

Sekian.wasalam.

Sumber : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=1&t=11878

[PANDUAN] Melembutkan Hati Suami Yang Panas Baran

Di sini, saya ingin berkongsi doa dan zikir yang telah dan masih saya amalkan dalam menangani kerenah suami dan anak-anak. Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai isteri dan ibu, kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga.

Untuk melembutkan hati suami yg garang dan menurunkan kadar suhu 'panas baranannya' amalkan seperti:

1) Banyakan berdoa selepas solat, hadiahkan Al-Fatihah khusus untuk suami supaya dilembutkan hatinya dan diberi taufik serta hidayah.

2) Baca surah Taha ayat 1-8..dan kemudian baca doa Nabi Daud sebanyak 3x - "Ya ALLAH lembut kan hati suamiku (sebut nama)... sebagaimana Engkau lembutkan besi ditangan Nabi Daud"

3) Ketika memasak basahkan lidah dengan zikir Ya-Latif sebanyak 129x di ikuti Surah As-Syura ayat 19 bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hambaNya. Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa”

4) Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir ‘Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.


Bila suami sedang naik angin dan marahnya meluap-luap, diamkan diri jangan dijawab. Dalam mendiamkan diri bacalah doa didalam hati dgn ayat:

1) Dari Surah Al-Baqarah ayat 250 yg bermaksud – “Wahai Tuhan kami, limpahkanlah sabar kepada kami dan teguhkanlah iman kami serta menangkanlah kami terhadap kaum yang kafir.

2) Dan bacakan ayat 200, surah Ali Imran yg bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”

3) Begitu juga, amalakan Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah.

Syaitan memang suka mengapi-apikan suami yang sedang marah.. Silap sedikit, isteri jadi sasaran suami yg naik berang. Bila suami naik berang, bacalah ayat ini:

1) Surah Al-Nahl ayat 99 yang bermaksud “ Sesungguhnya syaitan itu tidak mempunyai sebarang pengaruh terhadap orang-orang yang beriman dan yang bertawakkal kepada Tuhan mereka.

Ajaklah suami menghadiri majlis ilmu dan keugamaan supaya diberi jalan keluar untuk muhasabah diri, dengarkan ceramah-ceramah motivasi dan ugama supaya timbul kesedaran untuk memperbaiki peribadi. Bila Allah ingin memberi kebaikan pada hambaNya, Dia akan nampakkan kekurangan-kekurangan pada hambaNya. Jika kita sedar akan kekurangan kita dan ingin berubah, Insyaallah ada jalan keluar. Sebagaimana yang pernah saya dengar dari guru-guru ugama, jika kita tidak menghadhirkan diri untuk majlais ilmu selama 40 hari, hati akan menjadi keras dan susah nak terima hidayah.

Janganlah berputus asa, jadikan doa cara berkesan membentuk peibadi suami dan anak-anak. Doa itu senjata mukmin. Wallahu’alam.

sumber : http://www.bicaramuslim.com/bicara7/viewtopic.php?f=8&t=9877

[PANDUAN] Rawatan mudah,cepat lagi percuma

Merawat kesakitan mudah,cepat dan tanpa kos kerana kita boleh mengatasinya dengan cara semulajadi yang dibantu oleh bahagian tubuh kita lain.

1. Jika tekak gatal, garu telinga!
“Jika saraf dekat telinga dicuit, boleh membuatkan reflek di tenggorok yang mampu menghasilkan kejang otot ” kata Scott Schaffer, M.D., presiden dari pusat spesialis THT di Gibbsboro, New Jersey. “Kejang ini boleh menghilangkan rasa gatal.”


2. Pendengaran ala Superman
Jika anda berada di tengah orang ramai dan mahu berbual dengan rakan anda dalam suasana yang bising seperti di sesuatu majlis, condongkan tubuh dengan telinga kanan ke depan. Telinga kanan lebih baik daripda telinga kiri dalam mendapat ritma bunyi yang cepat, menurut pengkaji dari UCLA David Geffen School of Medicine. Sebaliknya, jika anda ingin mendengar irama lagu, gunakan telinga kiri kerana telinga kiri lebih baik dalam memilih nada muzik.


3. Hilangkan rasa sakit ketika disuntik!
Pengkaji Jerman berkata bahawa batuk semasa disuntik boleh mengurangi rasa sakit dari jarum suntik. Menurut Taras Usichenko, pengarang ‘mempelajari fenomena’, teknik ini menyebabkan kejutan, kenaikan sementara tekanan di dada, menahan struktur yang menahan rasa sakit di pusat tulang belakang. Tapi jangan batuk lebih-lebih pula nanti jarum suntik tu tercucuk tempat lain pula. Setakat berdehem oklah.



4. Hidung yang tersumbat.
Cara termudah, tercepat, termurah untuk melegakan hidung tersumbat kerana selsema adalah tekan lidahmu ke langit-langit, lalu tekan dengan satu jari di tempat antara mata. Ini boleh menyebabkan tulang vomer (tulang tipis yang memisahkan lubang hidung), yang menghubungkan saluran hidung ke mulut bergerak maju mundur, kata Lisa DeStefano, D.O., pembantu profesor di Michigan State University ilmu pengubatan osteopathic. Gerakannya melonggarkan hidung yang sempit; selepas 20 saat, anda akan merasa hidung yang tersumbat beransur-ansur hilang.


5. Fight fire without water!
Kajian menunjukkan pesakit yang tidur miring ke kiri lebih kecil risiko diserang gastrik. Posisi kerongkong dan perut berubah dengan posisi tidur. Waktu anda tidur miring ke kanan, perut lebih tinggi dari kerongkong, membuat makanan dan asid di perut mengalir ke tenggorok. Jika miring ke kiri, perut lebih rendah dari kerongkong.

6. Menyembuhkan sakit gigi tanpa buka mulut!
Gosokkan ais di bahagian belakang telapak tangan, bahagian berbentuk huruf V antara ibu jari dan telunjuk. Pengkaji Kanada menemui teknik ini mengurangi rasa sakit gigi sebanyak 50 percent dibanding tanpa menggunakan ais. Alur saraf di daerah V tersebut menstimulasi daerah otak dan mencegah signal rasa sakit ke wajah dan tangan.



7. Normalkan denyutan jantung yang cepat!
Jika anda berdebar-debar kerana kena berucap di khalayak ramai ke, first date dengan awek ke - tiup ibu jarimu. Syaraf vagus yang bertugas mengendalikan denyutan jantung, boleh dikawal melalui nafas, kata Ben Abo, emergency medical services specialist di University of Pittsburgh. Ini mampu membuat denyutan jantung kembali normal.

8. Teknik mengingat
“Jika anda akan berpidato besok, ulangi sebelum tidur,” kata Candi Heimgartner, instruktur ilmu biologi di University of Idaho. Karena kebanyakan gabungan memori terjadi semasa tidur, apapun yang anda baca sebelum tidur kebanyakan di encode.

Selamat mencuba! Kalau tak berjaya jangan salahkan aku just berkongsi di isuhangat.net

05 August 2010

[LAGU] Kotak – Masih Cinta

Tik tik tik waktu berdetik
Tak mungkin bisa kuhentikan
Maumu jadi mauku
Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta