19 August 2011

16 August 2011

NILAI PERSAUDARAAN

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslimyang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikaakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain.”
(Riwayat Ahmad no. 7713 dan Muslim no. 2563)

Hadis ini menekankan tenttang hubungan persaudaraan Islam. Ia lebih berkait rapat dengan arahan dan larangan yang perlu dilaksanakan oleh umat islam.

1. JANGAN DENGKI
Jangan saling mendengki dalam memandang kelebihan orang lain kerana akan memutuskan hubungan persaudaraan.

Maksudnya jangan berasa gembira agar luputnya nikmat daripada orang lain. Perasaan demikian adalah haram. Dalam hadis lain disebutkan:

“Jauhilah olehmu sekelian sifat dengki, kerana dengki itu akan memakan segala kebaikan seperti api memakan kayu”

2. JANGAN MENIPU
Jangan saling menipu seperti menipu timbangan dalam berjual beli, menipu untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya.

# Jangan saling membenci

# Jangan mengetepikan kepentingan orang lain.

# Jangan membeli barang yang telah dibeli orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak menjual oleh seorang lelaki atas penjualan saudaranya dan tidak meminang atas peminangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya.”
(Riwayat Ibn Umar)

# Menzalimi atau menganiaya orang lain kerana aniaya itu bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia.

# Membohongi atau mendustai orang lain kerana perbuatan ini boleh menyebabkan hilang kepercayaan orang lain kepada kita. Berbohong dan berdusta boleh mengjadi pengkhianatan.

# Merendahkan orang lain.

# Menghina sesama Muslim kerana sifat angkuh dan sombong. Sifat ini akan melenyapkan perasaan kasih sayang sesama Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan kamu berian sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukan aku tunjuk kepada kamu satu perkara yang apa bila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitulah sebarkan salam di antara kamu.”
(Riwayat Muslim no. 54)

Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mu'adh) berkata:
“Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:

Pertama: Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.

Kedua: Jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia.

Ketiga: Jika engkau tidak mahu memuji dia maka janganlah engkau mencela dia.”


Wallahualam

**Rujuk:Kitab Hadis 40 Imam Nawawi

11 August 2011

Berdoa untuk Anak-Anak

Ibu bapa hendaklah selalu mendoakan anak-anaknya.
Jika mempunyai lapan (8) anak, sebutlah nama mereka satu persatu.
Mohon supaya anak-anak sentiasa kekal dalam iman dan beramal baik.
Semoga Allah s.w.t. menjauhkan mereka daripada perkara-perkara yang merosakkan iman.

Berzikirlah sekalipun ketika mengacau gulai.
Semoga apa yang dimasak dan dimakan manjadi berkat untuk anak-anak.
Nampak macam kekampungan tetapi mungkin usaha sebegini yang berterusan,
kita akan dikurniakan anak-anak yang sentiasa sejuk mata memandang.

Ingatlah selalu firman Allah s.w.t. yang bermaksud: "Peliharalah dirimu dan ahli keluargamu
daripada api neraka yang bahan bakarnya terdiri daripada manusia dan batu." (Surah al-Tahrim 66:6)

Sumber : Majalah Solusi

05 August 2011

Perubahan Header

Assalamualaikum..

Perubahan header blog ni adalah berdasarkan tema bulanan...tidak ada kena mengena dengan pahaman politik atau sewaktu dengannya...

Dimana bumi dipijak...disitu langit dijunjung....

04 August 2011

[INFO] SOLAT: Bagaimana Al-Fatihah di Belakang Imam

Ada pandangan yang mengatakan makmum wajib membaca Al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut: “Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat) maka bacaan imam adalah bacaannya.” (Riwayat al-Dar Qutni)

Ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:
Rasulullah s.a.w. menunaikan solat Subuh dimana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: “ Aku dapati kamu membaca (Al-Quran) di belakang imam kamu.” Sahabat menjawab: “Ya mengapa, wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “ Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaa Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua dalam al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurt al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud : “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (dibelakang imam).” (Nay al-Awtar, jil.2, hlm.511)

Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah
1. Membaca tanpa wakaf.
2. Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.
3. Berukar makhraj huruf-huruf.
4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut “Amin” di Akhir al-Fatihah
Lafaz “amin” bererti “perkenankanlah” disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila imam mengucapkan lafaz “amin”, para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut “amin”, para makmum boleh menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. (Al-Mughni, jil. 2, hlm.38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab Shafi'i dan Hambali. (Al-Mughini, jil.2,hlm.40)

Sumber : Majalah Solusi

01 August 2011

Selamat Berpuasa

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; Berpuasalah kamu apabila melihat anak bulan (hilal) dan berbukalah kamu (berhari raya) kerana melihat hilal. Apabila hilal terlindung awan daripada pandangan kamu, maka sempurnakanlah bulan tersebut (tiga puluh hari).

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: Apabila datangnya bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga dibuka, manakala pintu-pintu neraka ditutup, syaitan dirantaikan