09 November 2010

[PANDUAN] Antara Dialog Luqman Al-Hakim dengan Anaknya

Dalam satu dialog dengan anaknya, beliau ditanya:

"Wahai bapaku sifat manakah yang ada dalam diri manusia yang paling baik?"

Luqman menjawab: Agama.

Anaknya bertanya: Sekiranya ada dua?

Luqman: Agama dan Harta.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada tiga?

Luqman: Agama, Harta dan Sifat Malu.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada empat?

Luqman: Agama, Harta, Sifat Malu dan Akhlak Yang Baik.  

Anak bertanya lagi: Sekiranya ada lima?

Luqman: Agama, Harta, Sifat Malu, Akhlak Yang Baik dan Sifat Pemurah.

Anaknya bertanya lagi: Sekiranya ada enam?

Luqman: Wahai anakku, sekiranya lima sifat ini terkumpul dalam diri manusia, dialah seorang yang bersih lagi bertakwa. Dia hanya bertuankan kepada Allah dan menjauhkan diri dari syaitan.

No comments:

Post a Comment