06 April 2012

[PANDUAN] ADAB : Makan & Minum.

DISIPLIN MAKAN


A. SEDERHANA DAN TIDAK GELOJOH

Baginda mengajar kita agar:
-mengambil beberapa suapan kecil dan tidak gelojoh memasukkan makanan ke dalam mulut.
-makanan dikunyah dengan baik sebelum ditelan.

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, “Tidak ada bekas yang lebih buruk dipenuhi oleh manusia selain dari perut. Cukuplah bagi manusia beberapa suapan kecil yang mempu menegakkan tulag belakangnya. Apabila menjadi suatu keharusan, maka sepertiga untuk makanan, sepertiga untuk minuman dan sepertiga lagi untuk bernafas.” (Riwayat Ibn Hibban, Ibn Majah dan al-Hakim)

B. MENGUTIP SISA MAKANAN

Setiap makanan yang dimakan adalah rezeki kurniaan Allah s.w.t. Oleh yang demikian, Rasulullah s.a.w. menganjurkan agar umatnya makan dengan cermat dan mengutip sisa makanan yang terjatuh di luar pinggan (sekiranya masih elok dan boleh dibersihkan) menerusi sabdanya yang bermaksud, ; “Apabila salah seorang daripada kamu makan, kemudian suapannya jatuh dari tangannya, hendaklah membersihkan apa yang kotor daripadanya lalu memakannya, dan janganlah dia membiarkannya untuk (makanan) syaitan.” (Silsilah al-Ahadith al-Sahihah no.1404)



DISIPLIN MINUM.


A. MINUM DENGAN TIGA KALI NAFAS

Rasulullah s.a.w. minum dengan tiga kali nafas iaitu bernafas di luar gelas dan dilarang bernafas di dalam gelas. Selain itu Baginda s.a.w. Meneguk dengan lembut, secara perlahan-lahan dan tidak tergopoh-gopoh.

Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. apabila minum, Baginda bernafas tiga kali dan Baginda bersabda yang bermaksud “Itu lebih enak, lebih nikmat dan lebih sihat.” (Riwayat Abu Daud)

Hikmah sebalik minum dengan tiga kali nafas ialah ia lebih cepat menghilangkan dahaga dan menyihatkan perut. Baginda berpesan agar tidak minum dengan tergesa-gesa (minum dengan satu nafas) kerana ia boleh menyebabkan sakit dada.

B. TIDAK MENGHEMBUSKAN NAFAS KE DALAM GELAS/CAWAN.

Anak-anak juga harus didik agar tidak menghembuskan nafas di dalam gelas ketika minum. Ini kerana Baginda telah melarang bernafas dan meniup ke dalam gelas atau bekas minuman. Abu Qatadah meriwayatkan; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. melarang bernafas di dalam bekas.”(Muttafaq'alaih)

C. TIDAK MINUM BERDIRI.

Rasulullah s.a.w. selalu duduk ketika minum kecuali ketika Baginda meminum air zamzam. Jadi, minum air zamzam secara berdiri dan mengadap kiblat adalah sunnah.

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud; “Jangan sekali-kali kamu minum sambil berdiri. Sesiapa yang lupa hendaklah dia memuntahkan.”

Sumber: SOLUSI 41

3 comments:

  1. Selain dari tu, baca doa sebelum dan sesudah makan jugak kan dituntut dlm adap makan dan minum kan ady..

    ReplyDelete
  2. betul tu..doa sebelum dan sesudah makan tuh memang sangat dituntut dan wajib di baca..

    ReplyDelete
  3. info yang berguna..terima kasih

    ReplyDelete