16 August 2011

NILAI PERSAUDARAAN

Daripada Abi Hurairah r.a. berkata bahawa Rasulullah S.A.W. bersabda:

Maksudnya: “Janganlah saling mendengki, saling menipu, saling membenci, saling membelakangi dan janganlah sebahagian kamu membeli barang yang telah dibeli oleh orang lain. Jadilah kamu hamba-hamba Allah yang bersaudara. Seorang Muslim adalah saudara bagi Muslimyang lain. Dia tidak patut menzalimi, membohongi dan merendahkannya. Takwa itu di sini (beliau menunjuk dadanya tiga kali). Cukuplah seseorang dikaakan buruk jika sampai menghina saudaranya sesama setiap Muslim adalah haram bagi Muslim yang lain.”
(Riwayat Ahmad no. 7713 dan Muslim no. 2563)

Hadis ini menekankan tenttang hubungan persaudaraan Islam. Ia lebih berkait rapat dengan arahan dan larangan yang perlu dilaksanakan oleh umat islam.

1. JANGAN DENGKI
Jangan saling mendengki dalam memandang kelebihan orang lain kerana akan memutuskan hubungan persaudaraan.

Maksudnya jangan berasa gembira agar luputnya nikmat daripada orang lain. Perasaan demikian adalah haram. Dalam hadis lain disebutkan:

“Jauhilah olehmu sekelian sifat dengki, kerana dengki itu akan memakan segala kebaikan seperti api memakan kayu”

2. JANGAN MENIPU
Jangan saling menipu seperti menipu timbangan dalam berjual beli, menipu untuk kepentingan diri sendiri dan sebagainya.

# Jangan saling membenci

# Jangan mengetepikan kepentingan orang lain.

# Jangan membeli barang yang telah dibeli orang lain. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Tidak menjual oleh seorang lelaki atas penjualan saudaranya dan tidak meminang atas peminangan saudaranya kecuali jika ia izin kepadanya.”
(Riwayat Ibn Umar)

# Menzalimi atau menganiaya orang lain kerana aniaya itu bertentangan dengan fitrah semulajadi manusia.

# Membohongi atau mendustai orang lain kerana perbuatan ini boleh menyebabkan hilang kepercayaan orang lain kepada kita. Berbohong dan berdusta boleh mengjadi pengkhianatan.

# Merendahkan orang lain.

# Menghina sesama Muslim kerana sifat angkuh dan sombong. Sifat ini akan melenyapkan perasaan kasih sayang sesama Islam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

“Kamu tidak akan masuk syurga sehingga kamu beriman. Dan tidak dikatakan kamu berian sehingga kamu berkasih-kasihan. Mahukan aku tunjuk kepada kamu satu perkara yang apa bila kamu perbuat akan dia nescaya kamu berkasih-kasih? Iaitulah sebarkan salam di antara kamu.”
(Riwayat Muslim no. 54)

Seorang ulama tasawuf, al-Razi (Yahya bin Mu'adh) berkata:
“Hendaklah engkau pelihara tiga perkara yang menjadi habuan orang Mukmin, iaitu:

Pertama: Jika engkau tidak dapat memberi manfaat kepadanya, maka janganlah engkau menyusahkan dia.

Kedua: Jika engkau tidak mahu menyukakan dia, maka janganlah engkau mendukakan dia.

Ketiga: Jika engkau tidak mahu memuji dia maka janganlah engkau mencela dia.”


Wallahualam

**Rujuk:Kitab Hadis 40 Imam Nawawi

2 comments: