04 August 2011

[INFO] SOLAT: Bagaimana Al-Fatihah di Belakang Imam

Ada pandangan yang mengatakan makmum wajib membaca Al-Fatihah di belakang imam, berdasarkan hadis berikut: “Sesiapa yang mempunyai imam (ketika solat) maka bacaan imam adalah bacaannya.” (Riwayat al-Dar Qutni)

Ini bersandarkan kepada hadis yang berikut:
Rasulullah s.a.w. menunaikan solat Subuh dimana pembacaan Baginda agak berat (kerana terganggu) dan tatkala tamat solat, Baginda bersabda yang bermaksud: “ Aku dapati kamu membaca (Al-Quran) di belakang imam kamu.” Sahabat menjawab: “Ya mengapa, wahai Rasulullah?” Baginda berkata: “ Jangan kamu berbuat demikian kecuali bacaa Umm al-Quran kerana tidak sah solat bagi sesiapa yang tidak membaca Fatihah.” (Riwayat Abu Daud dan al-Tarmizi)

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Jangan sesekali seseorang kamu membaca apa jua dalam al-Quran tatkala aku (sebagai imam) mengeraskan bacaan kecuali bacaan Umm al-Quran (al-Fatihah) (Riwayat al-Dar Qutni, Ahmad)

Terdapat hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Hibban dan sanadnya bertaraf hasan menurt al-Hafiz Ibn Hajar yang bermaksud : “Jangan kamu membaca kecuali al-Fatihah (dibelakang imam).” (Nay al-Awtar, jil.2, hlm.511)

Kesalahan Biasa Ketika Membaca al-Fatihah
1. Membaca tanpa wakaf.
2. Berhenti (wakaf) di tempat yang dilarang berhenti.
3. Berukar makhraj huruf-huruf.
4. Melalaikan pembacaan di tempat yang perlu tasydid; iaitu di 9 tempat.

Menyebut “Amin” di Akhir al-Fatihah
Lafaz “amin” bererti “perkenankanlah” disunatkan untuk para makmum mengucapkan bersama-sama imam. Ia berdasarkan hadis Abu Hurairah yang bermaksud: “Apabila imam mengucapkan lafaz “amin”, para malaikat turut sama mengaminkannya bersama-sama imam kerana sesungguhnya sesiapa lafaz aminnya bertepatan dengan lafaz para malaikat, diampunkan baginya dosa yang terdahulu.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Jika imam lupa menyebut “amin”, para makmum boleh menguatkan “amin” bagi mengingatkan imam kerana ia adalah termasuk dalam perkara sunat. (Al-Mughni, jil. 2, hlm.38)

Saktah Sebelum dan Selepas al-Fatihah

Sunat jika menjadi imam bagi solat berjemaah untuk saktah (berhenti sebentar) sebelum dan selepas membaca al-Fatihah dan sebelum memulakan bacaan surah. Ia adalah ijtihad mazhab Shafi'i dan Hambali. (Al-Mughini, jil.2,hlm.40)

Sumber : Majalah Solusi

No comments:

Post a Comment