15 November 2011

Sifat Sabar

Sabar adalah sifat akhlak yang paling indah sekali menurut ajaran agama Islam. Sebagai umat Islam kita disuruh supaya bersifat sabar sewaktu kita ditimpa kesusahan dan percubaan. Sebab bukankah sudah menjadi adat hidup di dunia ini ada pasang surutnya. Ada kalanya kita senang dan ada kalanya kita susah. Manakan terdapat manusia yang senang sahaja sepanjang hayat hidupnya? Begitu juga manakan terdapat manusia yang susah sahaja sepanjang hayat hidupnya. Paling tidak ia akan mengalami juga sedikit saat senang atau susah. Tetapi satu hal yang pasti ialah bahawa hidup ini adalah satu perjuangan. Semua manusia akan diuji oleh Allah s.w.t. bukan sahaja para Nabi dan awliya, manusia biasa seperti kita juga akan diuji oleh Allah s.w.t. dengan berbagai macam cubaan dan dugaan seperti penyakit, kemiskinan dan sebagainya lagi.

Oleh itu kita hendaklah belajar menyemai sifat sabar sebab orang yang sabar itu bukan sahaja sangat disayangi dan dimuliakan oleh Allah s.w.t. bahkan akan memperoleh ganjaran yang besar di Akhirat kelak. Dalam Al-Quran s.w.t. telah berfirman antara lainnya:







Sekarang marilah kita saksikan apa yang disabdakan oleh Rasulullah s.a.w. tentang perkara sabar ini. Antara lain Rasulullah s.a.w. pernah bersabda, maksudnya:

“Bahawa sabar itu sebahagian daripada iman.”


“Allah akan memberi kurnia sabar kepada orang yang bersifat sabar, dan tidak ada kurnia Illahi yang lebih baik dan lebih luas dari sabar.”

Demikianlah antara lain pengajaran Islam tentang sifat sabar. Oleh itu kita haruslah bersabar dan berazam menjadi orang yang sabar. Sabar itu bukan sahaja dalam menanggung kesusahan dan percubaan bahkan juga sabar dalam melakukan amal-amal ibadat seperti sembahyang, puasa dan lain-lain lagi. Sabar itu bukan sahaja merupakan tanda-tanda orang yang beriman bahkan suatu kurniaan Allah yang terbaik kepada hambaNya yang dikasihi. Berbahagialah orang yang bersabar di dunia dan diakhirat.

1 comment: